Assalamualaikum semua,
Salah seorang ahli TGM telah terjumpa satu statement yang agak memeranjatkan untuk Mahasiswa FKM degree khususnya.Buat pengetahuan Mahasiswa,degree program Kejuruteraan Mekanikal hanya diiktiraf untuk pelajar batch 2007-2008.
Mahasiswa boleh membacanya di PERKASA chat box
--------------------------------------------------------------------------------------
Maklumat Kelayakan / Detail Qualification
Bidang / Field of Study : KEJURUTERAAN MEKANIKAL / MECHANICAL ENGINEERING
Negara / Country : MALAYSIA
Institusi / Institution : UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP)/(Kolej Universiti Kejuruteraan Dan Teknologi Malaysia (KUKTEM)
Kelayakan / Qualification : Bachelor of Mechanical Engineering (Hons)
Mod / Mode : Sepenuh Masa (Full Time)
Nilai Taraf / Equivalent : Setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dari Institusi Pengajian Tinggi Awam tempatan yang lain (equivalent to Bachelor of Engineering from other Public Institution of Higher Learning)
Tempoh / Duration : Bagi graduan yang bergraduat pada tahun 2007-2008
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Penafian / Disclaimer
Pengiktirafan kelayakan dari Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang tersenarai adalah merujuk kepada program pengajian yang dijalankan di kampus-kampus universiti berkenaan. Bagi program francais, berkembar, validasi atau kerjasama dengan Insitusi Pengajian Tinggi Swasta adalah tidak diiktiraf oleh Kerajaan melainkan setelah mendapat perakuan akreditasi dari Lembaga Akreditasi Negara (LAN, Malaysia). Kelayakan-kelayakan berkenaan disenaraikan dalam senarai kelayakan dari Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang telah diiktiraf oleh Kerajaan.
Sila lihat di sini http://www.interactive.jpa.gov.my/
Benarkah ? Tapi harus ingat,kelayakan ini tidak diiktiraf untuk graduan yang ingin bekerja dengan kerajaan.
Apa pula pendapat anda? Bagaimana dengan masa depan anda ?
Sudahkah Mahasiswa tentukan?
Anda sedar kepentingan untuk bekerja ' under government '?
MECHAPRO, apa cerita nih ?
Korek sket. =D
Gerabak
[Audio] Abu Ubaidah Al-Jarrah oleh Mujahid bin Mohamad
-
PENYAMPAI Mujahid Bin Mohamad Pelajar Tahun 3 Fakulti Pembuatan Universiti
Malaysia Pahang
10 years ago
6 orang Mahasiswa cakna:
salam.
erk. lepas aku baca.. aku nmpk beberapa konflik (ke jiwa aku kacau sbb xnaik bas lagi?? T__T).
pengiktirafan (hons) ni bagi graduan yg bergraduat PADA TAHUN 2007/08 sahaja?
- mcm tak logik, klu intake student 2002 dulu extend dan brjaya grad pd 07/08 means dia dpt akreditasi tu?
1 lagi.
akreditasi ni utk memudahkn graduan apply keje dgn government. ni yg aku bc dr chatbox PERKASA.
tapi disini tulis
"kelayakan ini TIDAK diiktiraf utk graduan yg ingin bekerja dgn kerajaan"
xfhm.. pening @@
Salam,
mungkin juga betul ada berlaku salah faham di sini. =D Maaf.
Disebabkan kami juga baru menyedari akan hal ini,timbul pula rasa syak wasangka,benarkah apa yang dikatakan itu?
Pada mulanya,(1511_paranormal) menyatakan ia mungkin disebabkan beberapa pengiktirafan yang tidak ditepati oleh graduan UMP pada tahun2 sebelum itu.Makanya,selepas dari tahun 2008, UMP mengambil inisiatif yang memenuhi syarat tersebut dan membolehkan hanya graduat tahun 2007/2008 sahaja diiktiraf untuk bekerja di bawah kerajaan.
Terdapat banyak syarat yang perlu dipenuhi bagi menyelaraskan kesemua 'level' graduan di IPTA.
Kami dahului ampun maaf kalau sekiranya ia tidak benar.
Walauapapun,pihak berwajib perlu bergerak mencari jawapan.
Kami juga pernah terdengar isu ini dibincangkan oleh senior.
Maaf,bukan kami berniat menyusahkan MT kelab Mechapro,
kami adalah mahasiswa cakna.
=D
nullfang
mana2 pon boleh..asalkan study bebetul..
tp pastikan kos tu diiktiraf BEM...(semalam br je dgr taklimat IEM n BEM..
ada sesetengah eng kos di ipts x diiktiraf..ipta no prob rasenyer..
marilah sama2 melibatkan diri dlm sektor engineering..konpem x menganggur.. tp pastikan blajar btul2 n dptkan result yg bagus. Ganbatte ne..
Msia skang dalam proses meramaikan engineer seiring dengan kemajuan negara..
Wakil dari IEM n BEM tu pesan gak, galakkan sedara2 kite amik bidang eng..utk ase depan..
ex-UMP
thanks for the info Mr anonymous.
aku dengar, penang reject 1 MEGA PROJECT dsbbkn xdapat bekalkan 2000 engineers...
Perakuan Akreditasi adalah merupakan satu pengiktirafan rasmi bahawa sijil, diploma atau ijazah yang dianugerahkan kepada graduan mencapai standard kualiti dan kriteria yang ditetapkan oleh MQA dan adalah selaras dengan Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF).
Akreditasi adalah status atau tahap tertinggi dalam penilaian kualiti sesuatu kelayakan yang dijamin-kualiti oleh MQA. Status akreditasi ini akan menjadi asas kepada pihak-pihak lain untuk mengiktiraf program dan kelayakan tersebut bagi tujuan-tujuan yang pelbagai. Sebagai contoh, Jabatan Perkhidmatan Awam akan menggunakan status akreditasi seperti yang disenaraikan di dalam MQR bagi mengiktiraf kelayakan terbabit untuk tujuan berkhidmat dalam kerajaan.
Akreditasi MQA merupakan antara faktor utama yang diberi perhatian oleh pelajar antarabangsa dalam menentukan pilihan mereka untuk mengikuti pengajian tinggi di negara ini. Pihak berkuasa dalam pengajian tinggi di luar negara yang berpotensi menghantar pelajar ke negara ini turut menekankan kepada program yang telah diakredit dan diiktiraf oleh kerajaan Malaysia sebelum membuat keputusan menghantar pelajar tajaan mereka menyambung pengajian di sini.
Bagi para pelajar, adalah elok diketahui dengan jelas sama ada sesuatu program pengajian itu mendapat perakuan akreditasi MQA atau tidak sebelum membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran atau mengambil program pengajian tertentu di mana-mana institusi pengajian tinggi. Ini penting kerana program pengajian yang diperakukan MQA memiliki kelebihan tersendiri seperti peluang penajaan dari badan-badan penaja, peluang melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi terkemuka dengan pindahan kredit dan pertimbangan untuk berkhidmat di sektor awam. Malahan pihak majikan di sektor swasta turut menekankan kepada kursus yang telah diberi perakuan akreditasi MQA bagi maksud pengambilan calon pekerja mereka.
Status Akreditasi yang diberikan oleh MQA memiliki beberapa kelebihan tersendiri. Selain ia menjadi tanda aras kualiti program pengajian yang diikuti oleh para pelajar, ia juga memberi manfaat lain seperti berikut:
i. Pelajar layak dipertimbangkan untuk mendapat pinjaman daripada agensi pembiayaan seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
ii. Pelajar juga layak dipertimbangkan untuk menyambung pengajian di institusi lain dan mendapat pengecualian kredit. Bagaimanapun, keputusan muktamad bergantung kepada institusi terbabit.
iii. Pelajar layak dipertimbangkan untuk menjawat jawatan awam. Selain itu, majikan sektor swasta turut menekankan program yang telah mendapat akreditasi dalam pengambilan graduan sebagai pekerja mereka.
iv. Institusi boleh memfrancais program yang diakredit kepada institusi lain, tertakluk kepada syarat-syarat tertentu.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai bidang-bidang kelayakan yang diiktiraf di institusi berkenaan anda boleh membuat semakan disini
yang sebelum ni memang diiktiraf. EAC melawat semua Uni yang menjalankan program engineering. Untuk mekanikal-UMP, EAC datang secara berkala untuk memastikan perjalanan program Mekanikal menepati piawaian. Kelulusan 2 tahun diberikan pada tahun 2007. Pada 2009, EAC datang lagi untuk mengaudit, memberikan penambahbaikan dan memberikan kelulusan seterusnya. Untuk batch sebelum 2007, mereka sudah diiktiraf dan rata2 sudah memasuki pasaran pekerjaan. Yang timbul masalah baru-baru ini ialah UNIMAP yang tidak memenuhi kriteria yang dikehedaki EAC.
-Xhy-
Post a Comment