Kelibat Korupsi : One Buck Shot
Tatkala keadaan semakin genting, sesetengah pelajar telah mula menjauhkan diri daripada tampuk pengurusan UMP. Ada yang masih terus bersemangat memperjuangkan hak pelajar yang kurang berkemampuan. Namun, krew-krew TGM sangat berbangga dengan usaha yang diledakkan barisan kepimpinan Mechapro dan Peka. Erm, mengapa MPM tidak di sebut? Ada apa dengan MPM ? Adakah kerana namanya yang telah ditukar kepada MPJ { Majlis Pro Jhepa } membuatkan rata-rata pelajar mula meragui kepimpinan kumpulan ini? Di manakah menghilangnya Nakib Amirul selaku wakil dari FKM dalam MPM. Adakah terdapat konspirasi di sebalik ketiadaan saudara Nakib yang telah hampir genap seminggu sejak Isnin yang lepas?
Rentetan peristiwa sejak dari Pilihan Raya Kampus tempoh hari hanya menjauhkan lagi hati pelajar dengan pengurusan UMP. Isu hak pelajar memang tidak akan pernah selesai memandangkan keadaan universiti kita yang masih muda. Namun begitu, adalah menjadi hak asasi manusia untuk mendapat pulangan yang setimpal dengan apa yang telah dilaburkan. Dalam kes ini, Mahasiswa rata-ratanya terus menyatakan ketidakpuasan hati mereka dalam mendapatkan apa yang telah dijanjikan setelah berada di dalam universiti ini. Hakikatnya, adakah Mahasiswa terpilih untuk masuk ke UMP,ataupun Mahasiswa di lelong ke UMP?..Walaupun bunyi TGM kali ini seakan-akan pro Jhepa, adalah lebih baik sekiranya Mahasiswa fikirkan hal ini.

Baik, kita berbalik kepada isu kita sebelum ini, iaitu mendapatkan hak kita yang setimpalnya walaupun realiti situasi tidak menampakkan bait-bait keputusan yang memihak kepada pelajar.
MEMORANDUM UNTUK PENGURUSAN ATASAN.
Dalam menanangi hal ini, kesepakatan dari pihak Mahasiswa sendiri adalah sangat penting. Lupakan Majlis Perwakilan Pelajar sebentar, kita ketepikan dulu slogan mereka “ MPM untuk pelajar” dan kita ubah persepsi kita kepada mereka ke arah yang lebih baik.
MECHAPRO,
Apa kata sekiranya pihak Mechapro sediakan satu memorandum bantahan mengenai isu ini. Sebarkan teks ini melalui apa sahaja medium yang ada dalam UMP ini kepada setiap pelajar . Kemudian, dengan menggunakan akaun peribadi, setiap pelajar diminta menghantar teks ini kepada email wakil-wakil pihak pengurusan tertinggi yang di senaraikan oleh pihak Mechapro seperti kementerian pelajaran dan juga media massa.
Kita inginkan orang luar dengar masalah kita, lalu kita perlukan sayap yang lebih luas. Ingat moto Mechapro, “wings of the future” right?..
Buat pelajar yang mengatakan ini masalah peribadi dalam UMP dan tidak perlu di war-warkan?
Hayati "quote" dari presiden Mechapro.
norMAzuan MUstafa said...
salam...
fight tetap fight dan kita akan adakan perjumpaan antara FKM communities after this...dan MUNGKIN ari selasa malam...
Kami bersama kalian…
Regards,
Team Gerabak Mekanikal