Showing posts with label buang masa. Show all posts
Showing posts with label buang masa. Show all posts

Mahasiswa buang masa sebanyak 84 jam satu semester untuk perjalanan bas.

Bila sampai penghujung semester, semua pelajar mula kelam kabut . Minggu " final exam " lah katakan.
Adakah anda pernah berkata seperti ini :


" Ape yang aku belajar sem ni?..wah, rase macam tak blaja ape pun "...


Yang lepas kita sudah tahu ada pelajar mengadu tentang pembaziran masa yang terpaksa di hadapi oleh Mahasiswa di dalam surat khabar. Benarkah?..kalau begitu mari kita main kira-kira :










Mulakan sampel dengan mengambil seorang pelajar tahun 2 bernama Aliya. Aliya sangat rajin datang ke kelas. Boleh dikatakan kedatangannya ke kelas hampir 100% setiap semester. Ok, kita mulakan perkiraan dengan  jumlah jam yang di gunakan oleh Aliya sepanjang berada di Pekan. Ingat, jumlah jam yg akan dikira ini adalah jam sepatutnya Aliya berada di dalam kuliah. Memandangkan Aliya adalah seorang pelajar mekanikal dan bukan pelajar FKEE, Aliya hanya berada di kampus Pekan untuk Selasa, Rabu dan Khamis. Dan berikut adalah jumlah jam sehari kuliah Aliya di Pekan.
Selasa
Rabu
Khamis
5 jam
4 jam
5 jam

Dan purata sehari  jumlah jam Aliya berada di dalam kuliah Pekan ialah :

Purata jam sehari =   ( 5 + 4 + 5 ) / ( 3 hari )  = 4.6667 ~  5 jam.
Untuk satu semester , Aliya ada 14 minggu kuliah. Jadi, 3 hari di Pekan untuk 14 minggu adalah
Jumlah hari di Pekan  = 3 X 14 =   42  hari
Dengan itu, jumlah jam Aliya yang sepatutnya berada di dalam kuliah untuk satu semester ialah :
Jumlah jam kuliah satu semester =  5 jam   x  42 hari     = 210 jam.

Untuk sampai ke Pekan, Aliya harus menaiki bas yang disediakan UMP. Dan jumlah jam pergi balik dari kampus Gambang ke kampus Pekan ialah 2 jam. Oleh itu, Aliya menhabiskan masa untuk perjalanan bas untuk satu semester:
Jumlah jam dalam bas = 2 jam  x 42 hari di Pekan  = 84 jam
Nampaknya Aliya menggunakan 84 jam untuk perjalanan pergi dan balik ke Pekan dalam satu semester. Jadi apakah jumlah jam sebenar Aliya untuk berada dalam kuliah di  Pekan untuk satu semester?
Jumlah jam sebenar kuliah di Pekan  untuk satu sem  = Jumlah jam kuliah – jumlah jam dalam bas
                                                                                       =  210 jam – 84 jam  = 126 jam.
Oh, Aliya cuma ada 126 jam kuliah di Pekan satu semester. Bermaksud :
Satu hari  Aliya ada,   (126 ) / (42 hari)    = 3 jam
Aliya  menghabiskan masa selama 3 jam sehari secara puratanya untuk kuliah di Pekan. Bagaimana dengan 2 jam lagi untuk perjalanan? Apakah ini termasuk dalam perkiraan jam kredit  Aliya ?


 
-------------------------------------------------------------------------------------




Ini baru jam untuk perjalanan, belum lagi ambil kira jam menunggu bas penuh, jam menunggu projektor "ready mode", jam untuk cari kelas lain bila air-cond tiada, jam untuk cari "remote projector" , jam untuk projector detect laptop pensyarah, jam tertidur dalam kuliah akibat kepenatan naik bas yang kadar ventilasinya sangat rendah  dll.
















 hmm...apa yang aku belajar sem ni?

Updated issues around UMP

Updated dari Portal FKM

Updated dari UMPlife forum

Dekan FKM-Team Gerabak Mekanikal

Free Image Hosting

DEKAN FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL PROFESOR DR. ROSLI BIN ABU BAKAR Ph.D (Hanyang University, Seoul, Korea), M.Sc. (Hanyang University, Seoul, Korea), B.Eng. (Mechanical, Hanyang University, Korea)

Hantar banner korang !!!

banner 115×116  Free Image Hosting Free Image Hosting Free Image Hosting Free Image Hosting Free Image Hosting Free Image Hosting .