Usul untuk Mechapro




SALAM

    Ini hanyalah cadangan ataupun pandangan kami kepada pihak Mechapro, iaitu kepada generasi kepimpinan yang akan di bentuk kelak, samada cadangan ini diterima atau tidak itu terpulang kepada pihak mechapro. Tujuan cadangan atau usul ini dibuat adalah untuk membersihkn kembali nama Mechapro di kalangan pelajar FKM dan juga mengembalikan kepercayaan pelajar FKM.


Mengelak masalah kroni:

1. Menghadkan setiap pelajar FKM hanya layak untuk menyertai aktiviti hanya sekali untuk setiap sem (sbg contoh: sekiranya pelajar itu sudah ke SIC untuk menonton Moto GP, dia tidak layak lagi untuk pergi kali kedua menonton F1, GT Japan tetapi menjadikan dia layak sekiranya terdapat kekosongan)

2. Pihak Mechapro membentangkn takwin  aktiviti sepanjang tahun atau sepanjang sem untuk aktiviti yang akan di bentuk, ini bagi membolehkan pelajar FKM alert dengan aktiviti yang akan diadakan, jadi masalah seperti 'tidak tahu''tidak tengok memo' dll. tidak berlaku.

3. Pihak mechapro haruslah 'turun padang' dan dengarlah permasalahan dari pelajar FKM seperti sekarang yang sangat kritikal, iaitu isu pergerakan bus. Pihak Mechapro dan pihak pengurusan FKM boleh juga mengadakan 'Hari Bertemu Pelanggan' pada tempoh tertentu seperti 2 minggu sekali,atau sebulan sekali. Bukan hanya meletakkan kotak di meja dan berharap bantuan tiba.

4. Pembentangan belanjawan Mechapro haruslah diadakan setiap sem, dan haruslah lebih telus, dan difahamkan bahawa setiap sem setiap persatuan fakulti akan menerima RM 10k bagi setiap sem bagi aktiviti fakulti, jadi gunakanlah peruntukan itu dengan sebaiknya.

5. Menerangkan fungsi kad keahlian, yang saya percaya pada pandangan saya masih kabur lagi mengenai fungsi dan kelebihan pelajar FKM mendaftar dan memiliki kad 'cetakan murahan' yang berharga RM 10 ketika di 'zaman' saya, kemanakah duit itu di gunakan?? pihak Mechapro harus perjelaskan perkara ini.

6. Buku rujukan, jaket fakulti, safety boots yg di jual oleh pihak mechapro haruslah murah, di samping berkualiti. Ini kerana ketika mendaftar dan memiliki Kad keahlian Mechapro dahulu, kami di janjikan akan mendapat potongan harga, sekiranya menjadi ahli, persoalannya, di mana janji-janji itu?


Cadangan penambah baikan:

1. Pihak mechapro mencari sumbangan@sponser dari pihak luar, ini kerana nilai RM 10k bukanlah nilai yg besar pada saya.

2. Menubuhkan koperasi, dimana menyediakan kemudahan menjual alat tulis, print, fotocopy, dll koop ini juga bileh menjadi seperti 'one stop center' kepada pelajar FKM.

3. Mengadakan program 1 kelas 1 taman, seperti sedai maklum keadaan sekeliling di Kampus Pekan amatlah menyedihkan, cadangan ini adalah dimana setiap kelas di beri tanggungjawab untuk mencantikkan kawasan yang diberikan.

4. Memohon pihak pengurusan memberikan satu ruang bengkel 'free zone bengkel' dimana pelajar FKM dapat mencuba dan mempraktikkan kemahiran di luar waktu kelas dan mencuba sesuatu yang baru, ini juga dapat digunakan sebagai tempat untuk mengisi masa lapang daripada melepak dan tidur di dalam surau.

5. Pihak Mechapro juga boleh menjual cenderahati seperti keychain, t-shirt, sweeter dll. yang melambangkan fakulti dan Mekanikal umumnya, ini dapat menjana pendapatan kepada Mechapro sendiri.

6. Lebih banyak mengadakan program khidmat masyarakat, seperti melawat sekolah-sekolah di sekitar Pekan, yang menurut pengalaman saya terdapat dikalangan mereka ini terlibat di dalam masalah sosial sperti mat rempit seawal usia 13 tahun lagi. Khidmat masyarakat ini perlu bagi membentuk jalinan antara UMP dan penduduk setempat di dalam rangka memasyarakatkan universiti.

7. Pihak Mechapro boleh juga mengadakan pertandingan reka cipta, yang bagi saya secara peribadi berpendapat, event seperti ini amat mendapat sambutan dari pelajar. pertandingan ini di buka kepada semua fakulti, pertandingan ini adalah seperti membina 'jentera ringkas' di dalam kategori tertentu.


Perkara yang perlu di 'follow up' oleh Mechapro:


1. Meminta pihak pentadbiran menyediakan locker seperti yang dijanjikan dahulu, walaupun setelah memasuki semester 2 nampaknya perjanjian dan persetujuan itu masih lagi 'di peringkat cadangan'

2. Pihak pengurusan juga menjanjikan tempat istirehat@lepak kepada pelajar, tetapi seperti biasa ianya 'masih di peringkat cadangan'

3. Perjuangkan waktu kelas bermula seawal pukul 9am, seperti yang Prof. Rosli janjikan kepada pelajar FKM semasa pertemuan dahulu dan selewatnya adalah berakhir pada pukul 5pm.

4. Pusat rekreasi juga masih belum nampak 'bayangnya' seperti yang dijanjikan oleh pihak atasan semasa perjumpaan yang diadakan dahulu. Untuk maklumat, dua meja pimpong telah di hantar ke Pekan, tetapi ianya untuk kegunaan siapa??? anda fikirkan jawapanya.



Harus di ingat ini hanyalah cadangan dan usul dari pihak TGM di mana perkara-perkara ini juga kami percaya apa yang pelajar FKM lain mahukan. Sekarang ini terpulang kepada pihak Mechapro dan pengurusan untuk menrimanya atau tidak.






wasalam




sent by tinta rindu noxx 

19 orang Mahasiswa cakna:

LoNgJacK said...

Satu cadangan yang amat menarik drpd TGM. Diharap pihak yg bertanggungjawab dapat memainkan peranan yg sepatutnya. Kami warga Pekan sememangya berada dalam keadaan yg serba kekurangan. Di manakah kata-kata manis yg telah dijanjikan?.. Ayuh bangkitlah mahasiswa demi kepentingan kita bersama..

S.Azeem Ong said...
This comment has been removed by the author.
MusTanG said...

salam.

teguran/cadangan yg baik skali drpd noxx.

pasal 'tmpat istirehat@lepak' pelajar tu aku kategorikn sbg 'student lounge'. xdpt nk wat kat FKM sbb ground floor admin dah jadi surau, FKM kekurangan tmpat kot.

instead, tmpat lepak student dibuat di ruang legar dekat lift dan kafe executive.


yg lain2 cadangan terbaik.

MT n EXCO MECHAPRO baru PERLU take note semua ni.

Anonymous said...

erm,masalahnye,Mt ngan MPP dah tau ke adenye blog TGM ni..hhuhu..
jum promote blog TGM kat tmpat lain...

MusTanG said...

salam.

aku dh notify TYDP1 pasal blog TGM ni dan beliau kata akn ambil tindakan. tu sdr khaliq dh jenguk.


baca dan proses skali ye. =)

1511_paranormal said...

salam,
just nak tambah sket..
mungkin Mechapro kali ni patut pergiatkan lgi silaturahim antara stdunt dgn staff fkm sendiri..yelah,mcm mechapro tahun 2008..
buat tournament sukan kampung je pon xpe..haha,lagipun suasana kat Pekan mmg sesuai banget...
pertandingan memancing kat pantai lagenda,semua warga fkm dan student Pekan masuk..perghhh..mmang stylo la,,camni baru lah x buhsan study kat Pekan...



1511_paranormal

Gerabak said...

mustang:
tq cik mustang..kami hargai komitmen dan kerjasama anda.

1511::
sangat bersesuaian sekali cadangan dari pihak anda kami akan lanjutkn perkara ini...insyallah.

indigo_inferno said...

buat xplorace pun ok gak..
tempat seswai, xbyk kenderaan n pencemaran...
dpt enjoy view kat pekan..

Milo.. said...

salam..

kan bagus klu semua ade kesedaran seperti ini..

semua cadangan diharap tidak berakhir disini shj..perlu kepada susulan..

diharap juga semua mahasiswa diump ini terutama fkm bersatupadu dan bekerjasama dalam merealisasikan semua ini..

Anonymous said...

ala milo,ayat nk skema..i bet TGM je pkai ayat2 berbunge camtu..



uuu,ade citer hot...
ni ape cer ni?dengar kata ade xcident dpan kk4..hadui...
aritu dah sorang meninggal..dah dkat satu tahun..xde gak jejantas sambung ke kk4..haa,petang ni 2 org lgi dak UMP cedere parah..

come`on la student ump..jom kte bersatu...ni hak kita...
hari ni membe kte,esok lusa,kot2 kte plak yg lenyek ngan lori...huuuuu

iluminasi said...

salam..

aku ingin berkongsi sedikit idea.. tuk menjana pendapatan sampingan kepada mechapro..

dalam mencari pendapatan tuk menjalankan sebarang program.. kita hanya melihat kepada sumber yg mudah tuk kite dptkan peruntukkan..seperti sponsor@penaja yang kadang2 memang sukar tuk kite cari..

oleh itu kenapa tidak kita alih pandangan kita kepada lain2 cara..seperti mengumpulkan semua bahan2 buangan yg boleh dikitar semula.. memang cara ini mengambil masa yg lama tuk mengumpulkan dana..tetapi jangan la kite memandang rendah kepada cara ini..

aku bukannye ape..aku tgk kt sekitar ump..xkira la ump pekan or gambang..bahan2 ni dh mcm tidak bernilai..dibuang merata2 dan mencemarkan pemandangan..
klu kat cafe tu atas meja,tin2 minuman ditinggalkan.. bagi mak cik2 cleaner, ini la peluang mereka tuk mendapatkan wang sampingan..

so kenapa tidak semua bhn2 ni kite kumpulkan dan kite jualkan..daripada bnh2 ni di kumpulkan oleh mak cik2 cleaner or dibuang begitu saje..kite kumplkan dan jual.. sekurang2nye dapat menampung mana2 budget yg tidak cukup...
xgitu?...

iluminasi said...

bior btl!!???.....ade eksiden lg ke?

tu la..ump mempartaruhkan nyawa student dgn menempatkan mereka di kk4..tanpa disedari mereka seolah2 mahu kejadian stahun lalu berulang kembali..

kdg2 aku pikir nak tggu eksiden dlu bru nk usul itu ini.. bru la nk sibuk wat itu dan ini..
agak2 la wei.. nyawa pelajar ni bukan nyawa semut...

jangan kan jejantas.. tiang lampu isyarat pun belum terpacak lagi..so mcm mna la pemandu2 yg lalu tidak memandu laju...

kalu xmampu pun nk sediakan jejantas or lampu isyarat.. buat la bongol 2,3 kat jalan tu..
sekurang2nye krete yg lalu xde la laju cam krete F1..

cuba kita renungkan ye..
kita bayar tuk belajar di ump ni..tapi keselamatan kite xdijaga..
seolah2 kite membayar tuk mempertaruhkan nyawa kite sndri..

Kronologi said...

salam....
aku nk kongsi pengalaman aku sikit.....
aku slalu la tggu bas ekspress kat bus stop dpn kk4 tu tuk blk ke KL....

dari pemerhatian aku la..
xkira la krete dtg dari tol or dari gambang skali pun.. kedua2nye bwk laju cam haram...kdg2 aku jadi takut nk tggu kat bus stop tu..mna la tau ade yg terlampau laju smpi terbabas n rempuh sape2 yg tggu kt bus stop tu.... x ke naya jadinye..

so xheran la klu ade lg berlaku eksiden kat jalan tu..

**jangan la suatu hari nnt kuar kat muka dpn paper tempatan tajuk2 seperti..."HENTIAN MAUT"..or... "KEMALANGAN NGERI DI UMP".. time tu ade sape2 nk hantar anak mereka bljr kat ump lagi?.
pikir2 kan la..

1511_paranormal said...

kepada 'aku la' yg kat chat box tu,

wei,ni pendapat ak ttg TGM,..nko kne ikut care kami2 yg dah lame mengikuti blog TGM..ko kne hantar email tulisan detail ko kat email TGM,nnti sender akan diletakkan diruang "Label"..ko leh tengok ramai yg dah mula paham ngan TGM...
aku punye email pasal speaker azan tuh..ada gak dlm "INBOX TGM"..
xtau la dak2 TGM ni ngah study kot..tp tu saranan ak je la..


ko kne bwat cepat dow..

aku la????? said...

oooo sori bro aku igt team ni yg akn tulis..slp ph mla plok..ok aku akn cbe tulis mlm ni jgk..hihi..xbese lg kt cni..knl lak ko ngn aku ye..haha..

Anonymous said...

cm bdk skola la plk kn ade reka2 cipta nih..haha
klau wat msk autoshow orait gak

Gerabak said...

Di sini sepatutnya kita digalakkan untuk buat Research and Development daripada prinsip asas.Walaupun hanya dalam bentuk idea,ia patut digarap oleh semua Mahasiswa,tak kisahlah dalam apa cara sekalipun.Malangnya,benda ni tak berlaku di Universiti Malaysia Pahang.Ada yang menyalahkan birokrasi yang diamalkan management.Hmm...

p/s : Nak seribu daya,taknak seribu dalih =D




regards,

TGM

sembang kencang!!! said...

hadui..kesian ak tgok korang ni,
..mcm mne korang boleh kate reka2 cipta tahap dak2 skolah..hmm...
tu la,duk cerok sgt..tau tak level kat universiti ni tahap ape?terutama korang2 yg bergelar mahasiswa..
produk rekacipta adalh basic atau tunjang kreativiti..kat situ je studnt boleh menzahirkan idea..asal bile ckp pasal rekacipta korang terbyang mase form 5 dulu je??..open minded la skit bro..kite ni mahasiswa..yg basic2 tu spatutnye dah jadi amalan..tpi tengok dlm keadaan kte camni,korang agak2,ikut ceruk mne UMP nk jadikan mahasiswa kte ni kreatif?..tanye balik pd diri korang sendiri..

thats why kte kene fight hak kite..sbb yg menaikkan name universiti kite2 jugak..ade faham..bende ni kne bwat seiring..bukan satu pihak yg 'run' satu pihak lagi dpt name..tu diskriminasi namenye..

kpd mahasiswa yg xnmpak lagi tu,plez la..be alert dgn isu semasa ok..we r going to lead this country somwhere n we need that "beginning"..

sumbangkan sebanyak mungkin idea yg memantapkan lagi mahasiswa dan universiti..jagn tau duk ump boleh donlod movie free dan bangge giler ngan member2 yg duk U laen..hahaha..mcm le U laen xde ftp dorang sendiri..siap ade paper bulanan lagi..

kalu x kite yg buat,sape lagi?
come`on la mahasiswa UMP..

Pai Wunan said...

Salam semua buat pengunjung dan ahli TGM. Suka saya nk bg respon utk posting ini.

1. Berkenaan isu y bkaitan dgn menghadkan pnyertaan utk student mnyertai setiap aktiviti y dilakukan oleh MECHAPRO sbg contoh pelajar y dh pergi GT Japan xdpt lagi ke Moto GP. Semalam mantan MECHAPRO ade bkata Moto GP dan GT Japan tu merupakan reward bg mereka y mnyertai aktiviti MECHAPRO. Tapi bg sy itu xrelevan sbb 2 reward utk satu aktiviti. Insyallah pihak MECHAPRO baru akan merencanakan semula. Bagi setiap aktiviti xsemua exco dan MT y terlibat, ini bertujuan utk memberi lbh peluang kpd pljr lain utk join aktiviti ini...kami akan limitkan seorg pelajar hanya boleh mnyertai 1 lawatan sahaja.

2. INSYALLAH kami akan bentangkan Takwin pada setiap bulan di papan kenyataan dan Memo.

3. Insyallah kami akan adakan Hari Bertemu Pelanggan sekuarang-kurangnya sbln skali.Tapi sy mohon agar para pelajar dapat hadirkan diri dalam program ini. Sambutan dari pihak pelajar amat kami harapkn.

4. Berkenaan dengan belanjawan Insyallah kami akan meeting lagi skali dan kalu boleh kami akan cuba bentangkan pada setiap awal bulan.

Maafkan saya..saya tidak dapat menjawab semua persoalan ini...tapi kami akan ambil semua usul nie dan dikupas serta diambil langkah utuk mengatasinya dalam setiap meeting.

Tapi saya ingin menjawab persoalan tentang locker dan kelas start pada pukul 9.

Baru-baru ini perjumpaan diantara pelajar FKM dan FKEE dengan MPM telah diadakan. Perjumpaan tersebut kurang mendapat smbutan. Antara persoalan y kami ajukan kepada pihak MPM adalah bkenaan dgn locker dan kelas bermula jam 9 pagi.

1. Berkenaan locker. Bilangan locker agak terhad dan tidak dapat memenuhi jumlah bilangn pelajar FKM itu sendiri. Ada y mncadangkn agar locker itu dberi kepad pelajar2 senior. tetapi jika hal ini dilakukan, ade kemungkinan besar pelajar-pelajar junior akan mberontak. Oleh yang demikian, bagi mengelakkan masalah menjadi lebih rumit lebih baik isu ini di holdkan dahulu buat sementara.

2. Berkenaan dengan masa kelas bermula jam 9 pagi itu pula, MPM telah memaklumkan bahak pihank pengerusan FKM sndr tidak dapat nk luluskan kerana bilangan kelas agak terhad. Oleh itu, ia tidak dapat dilaksanakan. Tetapi kami aku cuba ikhtiarkan cara lain.

Sebarang cadangan atau pandangan amatlah dialu-alukan. Sekian terima kasih.

Updated issues around UMP

Updated dari Portal FKM

Updated dari UMPlife forum

Dekan FKM-Team Gerabak Mekanikal

Free Image Hosting

DEKAN FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL PROFESOR DR. ROSLI BIN ABU BAKAR Ph.D (Hanyang University, Seoul, Korea), M.Sc. (Hanyang University, Seoul, Korea), B.Eng. (Mechanical, Hanyang University, Korea)

Hantar banner korang !!!

banner 115×116  Free Image Hosting Free Image Hosting Free Image Hosting Free Image Hosting Free Image Hosting Free Image Hosting .