Showing posts with label tinta rindu noxx. Show all posts
Showing posts with label tinta rindu noxx. Show all posts

18SX DI KK5??

salam...

TGM terbaca mengenai status-status di FB MAHASISWA di KK5 mengenai speaker kolej kediaman yang menjadi MEDAN kepada insiden yang amat-amat memalukan bukan sahaj kepada KK5 malah imej UNIVERSITI sebagai medan INTELEKTUAL.

TGM berasa terkejut dengan status-status yang terpang-pang di wall penduduk MAHASISWA KK5..mereka mendakwa bahawa bunyi itu seolah-olah suara perempuan di dalam keadaan GHAIRAH!! TGM juga meneliti setiap komen di status itu dan ternyata memang ada tindakan daripada PEKA 5 yg turun ke pejabat kolej kediaman KK5@PEJABAT JHEPA dan ternyata staf yang 'MENYAMBUT' kedatangan PEKA 5 itu didalam keadaan cemas dan mencurigakan.

di sini TGM memohon agar kenyataan bertulis dikeluarkan oleh pihak KOLEJ KEDIAMAN KK5 mengenai insiden ini, dan sekiranya didapati bersalah dengan sangkaan yang dibuat, maka TGM memohon agar tindakan yang sewajarnya di ambil bagi menjernihkan keadaan dan memperlihatkan tahap intergriti yang tinggi kerana di dalam AUKU saya percaya sebarang tindakan yang menjatuhkan nama UNIVERSITI adalah SALAH!!!! jadi dari kami pihak TGM sangat percaya pihak berkenaan sangat mematuhi AUKU!!!

perkara ini adalah perkara series dan berat jangan mencemarkan nama UMP sebagai UNIVERSITI PILIHAN UTAMA dan lebih penting UMP adalah gedung INTELEKTUAL dan bukan medan melempiaskan nafsu (sekiranya benar). sekiranya tercemar maka samalah UMP sebagai tempat yang seburuk perkara yang dilakukan, ini bukan mengenai imej tetapi mengenai isu INTELEKTUAL dan HAK MAHASISWA sebagai generasi pengerak utama negara!!!

UNDIAN BERAT SEBELAH???

SALAM...

TGM baru sahaja menerima maklum balas dari kalangan MAHASISWA yg pergi mengundi, dan rata-ratanya baru sahaja menyedari bahawa mereka perlu SKROLL ke tepi untuk melihat 4 lagi calon yg bertanding untuk kerusi MPP 11/12.

disini TGM tergaman kerana perkara ini seharusnya tidak berlaku!!! kerana bukan isu SKROLL atau tidak tetapi implikasi dari perkara ini, kerana apa?? KETELUSAN telah hilang!!!! sekiranya MAHASISWA cakna dan mengetahui dan mengenali kesemua calon itu tidak menjadi masalah tetapi bagai mana sekiranya sebaliknya??

mungkin akan ada persoalan atau komen2 dari MAHASISWA/I seperti 'semua haruslah cakna, x kenal nasiblah' tetapi bagi TGM ini soal DEMOKRASI, soal KETELUSAN, soal !!! sekiranya yg keluar mengundi itu tidak mengenali dan hanya MAIN TEKAN itu terpulang itu HAK mereka!!!

mungkin ini jugalah sekiranya tidak ada jentera PRK dari kalangan MAHASISWA sendiri, tidak terkandung di dalam AUKU??? TGM disini timbul dengan persoalan kenapa AGM KELAB di tangguhkan dengan sifat dari pemimpin-pemimpin kelab ini sanggup KOMPROMI dengan pihak JHEPA semata-mata bagi memberi laluan dan KEUTAMAAN pada pemilihan MPP.

jadi TGM kuatir selepas ini MAHASISWA KEPIMPINAN KELAB TIDAK MAHU LAGI KOMPROMI mengenai penangguhan AGM mereka pada masa akan datang dan apa-apa sahaja dengan alasan


MAAF AGM TIDAK PERLU MENUNGGU PEMILIHAN MPP KERANA TIADA DI DALAM AUKU

jadi bagi TGM kaji semula, UMP sudah cukup kompromi dengan pihak PENTADBIRAN, sudah puas mengikut TELUNJUK, sudah jemu dengan BIROKRASI, sudah lelah dengan PERMAINAN ini, adakah kita akan ada acuan sendiri dengan terbitnyua PRO A dan PRO M?? itu juga tiada di dalam AUKU bukan??? 

tetapi kenapa UNIVERSITI lain ada, dan UMP tiada?? sebab nilai kita KOMPROMI para MAHASISWA saya ulang MAHASISWA..jadi pihak JHEPA juga harus KOMPROMI di dalam perkara-perkara ini.. ternyata peratusan keluar mengundi seperti dimaklumkan sehingga pukul 4.00ptg tadi jumlah keluar mengundi masih kurang iaitu kedua tertinggi jumlah paling kurang keluar mengundi, 

mungkin kira perlu berfikir dan menilai semula mungkin MAHASISWA kurang KEPERCAYAAN kepada PRK kali ini kerana tiada seorang pon pelajar yang terlibat semua di tangan PENGUASA..A kata mereka maka A lah pada semua!!!!

disini sebelum TGM menutup posting ini pihak TGM mahu mohon pendapat dan pandangan adakah yg keluar mengundi pada hari ini 22 FEB 2011 diberi PESANAN dan TAKLIMAT terlebih dahulu untuk SKROLL mengenai 4 calon lagi yang gambar mereka tidak dipapar secara langsung didalam 'screen' dan adakan PRK harus diadakan SEMULA???

MAHASISWA BERANI ADALAH MAHASISWA YANG BERSUARA!!!


PRO.....x,y,z.....

salam demokrasi
salam mahasiswa...

tentera oren?? seorang CALON yang mengetengahkan jentera dengan tema OREN pada malam pertama manifesto di PEKAN adalah menyerupai 1 gerakan di sebuah universiti lain yang lebih kepada 'PRO' masing-masing..tetapi kenapa beliau tidak di label sebagai PRO-'**' kemushkilan pada TGM kerana BLOG itu hanya mengetengahkan isu-isu PRO A dan PRO M.

ini bagi TGM isu meraiah undi, isu menjatuhkan lawan calon itu dengan mengeluarkan isu lapuk supaya meraih undi golongan-golongan tertentu...tapi adakah penulis blog itu sendiri faham mengenai PRO A dan PRO M ini?? ini isu besar ini isu nasional kenapa harus diketengahakn isu-isu seperti ini??? bertanding dan sokong lah dengan cara sebetulnya...

jadi mahu diangkat calon ini yang pada hemat TGM hanya lebih MENGADU dari bermanifesto??? isu makanan mahal?? jadi mana solusinya??? TGM lebih tertarik dengan solusi CALON ini yang mana mengetengahkan cadangan agar lebih banyak pegusaha cafe yang berniaga, dengan ini di kalangan peniaga akan bersaing bukan saja dari segi haraga malah dari segi kualiti dan kuantiti masing...maka manfaat akan pulang kepada MAHASISWA sendiri..

di sini TGM menganalisa dan menganalisis dari setiap calon mahu dari clon FKM sendiri dan juga calon2 dari fakulti lain samada calon umum mahupun fakulti..jadi sekiranay CALON ini yang hanya bertanding utk kerusi fakultinya dan 1st year student tetapi keluar dengan idea dan solusi yg lebih baik dari CALON ini jadi dimanakah tahap kematangan dan krealibitian CALON ini?? anda MAHASISWA jadi fikir-fikirkan...

calon itu juga ketika di pekan telah mengetengahkan isu KEMUDAHAN SUKAN yg kurang baik, tetapi masih lagi tidak mengusulkan solusi...kami MAHASISWA dahagakan solusi konkrit bukan dengan hanya kata-kata yg berkobar-kobar..mengenai isu gelangang FUTSAL, TGM sendiri mendengar di kalangan rakan-rakan di dalam PEKA 5 bahawa perkara ini telah diketengahkan kepada pengurusan dan kesepakatan telah di ambil bahawa gelangang itu akan dibaiki kemudian, pada cuti semester, ini kerana sekiranya gelangang itu dibaiki sekrang kemana MAHASISWA PEKAN akan beriadah???

ini menunjukkan sekali lagi CALON ini tidak menunjukkan kematangan kerana hanya serkap jarang dan tanpa mebuat kajian terlebih dahulu, jadi adakah kita mahu PEMIMPIN yg hanya SERKAP JARANG dan tidak MATANG???? sekali lagi MAHASISWA sendiri fikirkan..

sekiranya calon itu menang kerusinya iaitu kerusi UMUM sudah semestinya beliau akan memegang tampuk utama MPP, yang pada hemat TGM lebih layak adalah calon kerusi fakulti itu yg lebih matang dan berkemampuan lebih, jadi fikirkan mahukah MPP UMP dipegang oleh seorang yg PANDAI MENGADU dari bermanifesto??? yg tiada solusi berbanding POPULAR di HALAMAN SENDIRI??? tepuk dada tnya minda ini bukan fitnah...kami sediakan bukti, kami sendiri percaya anda menghadiri sendiri 'MENGADUS'TO' beliau....

"MANIFESTO???" @ "MENGADUS'TO??"

salam...

selama 2 malam noxx menjadi pemerhati tanpa menulis, hari nih amik keputusan untuk menulis...rata-rata bagi noxx calon2 masih lagi mengetengah kan isu yang lapok...udahlah lapok, manifesto pula seolah2 'mengadu' di tempat terbuka mengunakan mic...tiada beza dengan pelajar lain..jadi bagi TGM manifesto meraka harus di tukar kepada 'MENGADU'STO'....

isu yang lebih tidak menunjukkan kematangan adalah isu HARGA MAKANAN yang bagi TGM adalah sangat lemah dan tebus guna...namun adakah isu ini penah SELESAI??? terfikir dan teringat dahulu seorang YDP memb uat rapat umum di kafeteria....rapat umum secara besar-besaran, namun adakah itu menyelesaikan masalah???

bagi noxx dan TGM calon itu haruslah mengutarakan penyelesaian konkrit!!!! bukan sekadar 'MENGADU'STO'!!! calon ini tampak gah..tampak popular dengan kehadiran 'RAKAN SENDIRI' disamping GIMIK-GIMIK yang pada hemat TGM tidak perlu, menbuang masa dan tidak menghormati majlis...bukan berat sebellah mahupun menghentam calon ini dek kerana TGM adalah berpaksikan MEKANIKAL tetapi ini hakikat....

TGM juga dalam masa 2,3 hari ini hanya review di dalam hati mengenai seorang calon ini yg dikatakan BERTUDUNG HANYA UTK PRK...pada mula TGM sendiri berpendapat begitu, namun selepas di selidik TGM mendapati bahawa calon itu adalah seorang MUAALAF, masih tergiang2 di dalam kepala noxx ketika menghadiri 1 sesi ceramah di MASJID ketika itu bahawa

 'MUAALAF ADALAH GOLONGAN YG SENSETIF, JANGAN DIPAKSA-PAKSA DAN MENGHERDIK, GUNAKANLAH DENGAN CARA BERHIKMAH UNTUK MEMBIMBING MEREKA'

jadi saya memohon mana-mana BLOG yang MENGAIBKAN, mengutuk atau bercakap mengenai keburukan calon ini agar memohon maaf secaera terbuka, ini bukan soal politik tetapi soal agama dan lebiih memburukkan soal akidah, tak perlu bercakap mengenai Islam, itu ini haram jika nilai dakwah tidak dilihat...

TGM juga mahu isu PRO A didalam 1 BLOG itu diberikan bukti sekiranya benar, sekiranaya ada bukti mohon paparkan kerana itu integriti kita sebagai penulis BLOG. dan bagi TGM perkara ini berat sebelah dan lebih kepada serkap jarang!!!

jika timbul isu PRO A maka TGM mahu usulkan mengenai CALON yg juga menampakkan PRO M nya...tetapi persoalan disini kenapa tidak menjadi isu?? adakah kerana BLOG ini menjadi 'TULANG BELAKANG' kepada calon itu??? dan fungsinya adalah untuk menjatuhkan calon-calon laing bagi memberi LALUAN MUDAH kepada calon itu???

UMP sedia maklum tidak mengamalkn mana-mana pihak dan bergerak secara bebas dan itu menjadi keistimewaan UMP sendiri jadi tidak adil dan menimbulkan rasa kurang senang dikalangan UMPIAN terutama kami yang dah lama di sini.


SPEAKER CORNER YANG......

salam...

SALAM MAHASISWA...SALAM PERJUANGAN!!!!


SALAM TGM


dari kami TGM..maaf atas 'pasang surut' posting kami selama ini....noxx ingin menyentuh mengenai persediaan yang dilakukan oleh pihak JENTERA PRK yang mana tidak membuat persediaan yang sewajarnya...antaranya dari segi pengurusan giliran manifesto calon...


tetapi apa yang mendukacitakan TGM adalah tempat berMANIFESTO seperti mahu melantik ketua darjah semasa sekolah rendah. ini dibuktikan dengan gambar-gambar yang kami perolehi melaui pemberi maklumat kami, yang ternyata sangat-sangat mendukacitakan dan seolah-seolah mahasiswa diperkotak katikkan.

TGM memohon kepada JENTERA dan JHEPA agar menyediakan tempat atau pon pentas 'SPEAKER CORNER' yang lebih sesuai dan gah, setaraf dengan mandat yang akan dipegang dan di galas di atas bahu-bahu para PENGERAK UMP.



kesiranya ini lah taraf MAHASISWA UMP, setiap mahasiswa perlu bertnyakan kepada diri masing-masing adakah mereka MAHASISWA??? TEPUK DADA TANYA MINDA!!! 

dari maklumat yang noxx terima adalah ramai staff semasa manifesto ini dijalan...jadi bagi kami TGM...ini pilihan ranya PELAJAR???? atau pilihan raya STAFF???? sekali lagi fakta ini mengecewakan TGM!!!!





TGM juga setuju sekiranya ada pihak yang berkata 'calon yang hebat walau di pentas tinggi atau rendah tetap akan hebat' tetapi persoalannya disini!! INI KAH TARAF DAN KEDUDUKAN MAHASISWA UMP?? mungkin semua pihak harus mengambil keputusan dan jalan penyelesaian. 

dan difahamkan juga bahawa skrin layar putih serta projektor tidak disediakan!!!!! tidak seperti tahun lepas...tetapi noxx kurang usul periksa mengenai perkara ini dan mungkin akan turun sendiri MELIHAT perkara ini.


53 CALON


CALON FAKULTI

Fakulti Kejuruteraan Awam dan Sumber Alam
- Bilangan kerusi: 2
- Calon bertanding: 4
  1. Jamilah binti Mat Isa
  2. Nasihah Sakinah binti Zulkifli Auni
  3. Honeylet binti Ullap
  4. Muhammad Hafiz bin Husain
Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
- Bilangan kerusi: 2
- Calon bertanding: 7
  1. Nur Ramisya binti Rahim
  2. Rumizi binti Mohd Nasir
  3. Zaifatul Sarah binti Zarin
  4. Mohd Sobri bin Zaki
  5. Muhammad Fazrul bin Nor Izuddin
  6. Nur Syakila binti Jamal
  7. Siti Noormahirah binti Hamdan
Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Sumber Asli
- Bilangan kerusi: 2
- Calon bertanding: 3
  1. Nurul Fahana binti Abdul Pattah
  2. Syznee binti Alias
  3. Intan Lyana binti Ahmad
Fakulti Kejuruteraan Mekanikal
- Bilangan kerusi: 2
- Calon bertanding: 4
  1. Soh Yan Xin
  2. Nurul Faraheen binti Abdul Latif
  3. Thiwaan Rao A/L Narasimma Naidu
  4. Qamaruddin bin Mohd Fauzi
Fakulti Kejuruteraan Pembuatan
- Bilangan kerusi: 2
- Calon bertanding: Tiada pertandingan. Calon menang tanpa bertanding.
  1. Mathan Raj A/L Suparmaniam
  2. Norazrin binti Sarju @ Hj. Mohd Noor
Fakulti Sains dan Teknologi Industri
- Bilangan kerusi: 2
- Calon bertanding: 3
  1. Hasfar Amynurliyana binti Abdul Ghofar
  2. Calvin Lee Weng Leong
  3. Ahmad Faisal bin Mohd Nawawi
Fakulti Sistem Komputer dan Kejuruteraan Perisian
- Bilangan kerusi: 2
- Calon bertanding: 5
  1. Nagor Nisah binti Raja Mohammad
  2. Wan Zulhilmi bin Wan Sulaiman
  3. Muhammad Sarkawi bin Rosalam
  4. Parmila A/P Sathemany
  5. Muhammad Adib bin Nor Azahar
Pusat Pengurusan Teknologi
- Bilangan kerusi: 2
- Calon bertanding: 3
  1. Fazliyani binti Hairuman
  2. Nakulan A/L Nagaraja
  3. Mohamad Rizalman bin Aziz

CALON UMUM



  • Sazwan bin Sahar

  • Wan Nur Dayana binti Wan Anuuar Shahiddin

  • Khor Ai Chia

  • Mohd Zulwafi bin Bahaudin

  • Shahira binti Mohd Basir

  • Muhammad Danial bin Azman

  • Mohd Izzat Fauzi bin Muhammade Rapitar

  • Ismail bin Nukka

  • Leong Bi Juan

  • Norhafiz bin Kamal Baharin

  • Azwan Affandi bin Md Jahaya

  • Loo William

  • Muhammad Rujhan bin Kassim

  • Kamilia Hani binti Mohd Bashri

  • Muhammad Farhan bin Adnan

  • Mohamad Fakhrol Radzi bin Zulkefli

  • Muhammad Fuad Fikri bin Amir

  • Mohamad Naziha bin Kamarul Zaman

  • Mohd Arif bin Roslan

  • Hamizatun binti Mohd Fazi

  • Nurul Noramelya binti Zulkefli

  • Muhamad Fazli bin Abd Halim

    1. GPMS dari kaca mata TGM

      Dalam gelap di bakar lilin,
      Jangan sampai terbakar kain,
      Sebelum prk janjinya lain,
      Selepas kalah tindakanya lain.

      Assalamualikum.......


             Pihak TGM menerima email dari seorang pembaca yang mahu pihak TGM mengulas isu GPMS yang dibawa masuk ke UMP ini dari kaca mata TGM yang 'jahil' mengenai politik dan urusan kempimpinan ini jika dibandingkan dengan pihak-pihak dan barisan kempimpinan yang berada di UMP ini, oleh itu kami menyusun jari sepuluh sekiranya posting ini terdapat kesalahn dan cacat celanya.


            GPMS, atau lebih dikenali sebagai ‘Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung’ , disini TGM tidak mahu menerangkan apa itu GPMS, sebab saya percaya saudara dan saudari Mahasiswa Mahasiswi Maha Peduli UMP boleh mencari sendiri di internet dan dari sumber anda sendiri.
      jika dilihat GPMS dari sudut positifnya, pada hemat dan kefahamanTGM, GPMS adalah pertubuhan yang banyak membantu pelajar terutamanya orang Melayu, dalam pelbagai hal seperti dari segi bantuan kewangan mahupun bantuan-bantuan sampingan lain. Di samping memperjuangkan nasib dan kepentingan kaum Melayu.


           Sekiranya GPMS wujud di universitI, ianya sedikit sebanyak menaikkan dan juga meningkatkan kesedaran politik di kalangan mahasiswa, dimana sedia maklum mahasiswa adalah tulang belakang dan pewaris Negara, maka dengan melibatkan diri di dalam GPMS akan memberi gambaran dan situasi sebenar politik di luar kampus, dan menjadikan Mahasiswa lebih ‘cakna’.


           Ini kerana GPMS didokongi oleh pihak kerajaan, iaitu secara amnya ialah parti UMNO, ini adalah fakta bahawa GPMS adalah bersifat pro-kerajaan dan menjadi antara tulang belakang kepada UMNO itu sendiri. Dimana GPMS adalh satu badan NGO yang menyokong segala tindakan dan cadangan dari pihak pemerintah dan menjadi antara pengerak dan juga jentera melancarkan kempen-kempen dari pihak kerajaan.


           Implikasi negatifnya dari pandangan TGM dan pendapat beberapa pihak ialah apabila GMPS menjadi salah satu pertubuhan ataupun badan didalam sesebuah university(UMP), maka university (UMP) itu akan sedikit sebanyak dipengaruhi oleh politik kepartian, tetapi seperti sedia maklum UMP adalah sebuah university yang bebas dari segi politik kampus yang berpaksikan kepartian ( Pro-A atau Pro-M) dimana semua pihak dapat duduk semeja dan berbincang bagi kebaikan dan kebajikan mahasiswa.


           TGM tidak boleh menipu atau mengubah fakta bahawa ada dikalangan sahabat, tenaga pengajar, staf dan mahasiswa UMP ini sendiri terdiri dari pro-kerajaan dan pro-pembangkang, tetapi disebabkn UMP bebas dari mana-mana pengaruh politik kepartian, maka semua pihak dapat bersama-sama mengembeling tenaga dan duduk semeja demi kepentingan semua. Apa akan jadi sekiranya UMP mula dipengaruhi politik kepartian?? Adakan ini semua akan kekal??Kita belum pasti ini semua akan kekal bukan??


           Sekiranya GMPS mula di bawa masuk ke UMP maka TGM percaya Pro-M (pro mahasiswa= penyokong pembangkang) dan Pro-A (pro aspirasi=penyokong pemerintah) akan mula terbentuk dan menjadi antara badan dan pertubuhan di UMP ini, maka kita tidak dapat lagi melihat pelajar yang berbeza fahaman dan ideologi politik dapat duduk semeja dan bekerjasama dan lebih menyedihkan akan wujud semangat kekitaan dan ‘puak’ di kalangan penyokong itu sendiri. Ini yang kita mahukan??Dimana semangat 1Universiti kita??


           Pro-A dan Pro-M juga bertelagah dan bersaing antara satu sama lain kerana masing-masing membawa agenda dan fahaman masing-masing dan mahu ‘menguasai’ universiti, maka politik sihat tidak dapat lagi dilihat di dalam kampus seperti kita lihat semasa PRK tempoh hari dimana semua calon bertanding atas 'tiket' individu dan berkempen secara sihat, ini bukan sobrono dari diri saya tapi melalui pemerhatian saya melalui university-universiti yang lebih senior, seperti UKM,UM,UPM dll.


          Dimana persaigan politiknya kurang sihat sehingga terdapat satu kes kepala khinzir diletakkan di dalam satu bilik gerakan salah satu blok kepartian kampus ini. Ini yang kita mahukan??? Begitu juga seperti kes lain dimana bilik gerakan disembur cat dengan kata-kata kesat, ini juga kita mahukan?? Pihak atasan pula akan dan mugkin akan campur tangan di dalam politik kampus, ini sedikit sebanyak membantutkan perkembangan dan juga ‘kesihatan’ politik kampus tersebut,adakah ini  juga yang kita mahukan???




           Persoalan disini timbul, kenapa dan haruskan GPMS di bentuk oleh individu tersebut?? Atas motif apakah?? Kenapa begitu drastik dan mengejut keputusan di ambil?? Selepas tewas di PRK baru-baru ini terus sahaja mengambil keputusan ingin membawa masuk GPMS kedalam UMP?? Adakah sebabnya ingin ‘menyalurkan’ bakat kepimpinan anda yang tidak diterima semasa PRK tempoh hari atau mahu berada di ‘atas’??




          TGM juga keliru kerana difahamkan dari 'informer' TGM sendiri bahawa individu tersebut mendakwa diri beliau adalah seorang 'pemuda ***' bagi suatu kawasan kepada suatu pihak, jadi apakah agenda sebelum pilihanraya beliau mendakwa beliau adalah 'pemuda ***' dan kenapa sekarang berubah ataupun ‘lompat’ ke GPMS? Adakah kerana ingin memancing undi pihak-pihak tertentu sebelum pilihan raya?? Dan persoalan seterusnya bagaimana sekiranya beliau memenangi PRK tempoh hari?? Adakah beliau masih perlu membawa masuk GPMS??


           Persoalan ini TGM tinggalkan kepada pembaca untuk menilai sendiri, dimana kereabiliti individu ini, kerana saya percaya anda adalah orang terpilih dan cerdik pandai yang tahu menbezakan perkara baik dan buruk , dan apakah releventnya GPMS dibawa masuk ke UMP yang budaya politiknya selama ini seimbang dan berdiri di atas kaki sendiri tanpa bantuan ataupun menjadi boneka kepada mana-mana pihak, dan adakah ianya hanyalah untuk kepetingan 'individu' tertentu.


        
         Dari pandangan peribadi TGM sendiri, pihak TGM tidak bersetuju dengan tindakan individu tersebut membawa masuk GPMS kerana TGM berpendapat terlalu banyak implikasi negatif berbanding positif sekiranya  GPMS bertapak di dalam UMP.


      sekian....


      Wasalam...



      HAZWAN SYAFIQ SILA RESPOND

      Salam.

        Setelah PRK berahkir, bahangnya masih belum reda, ribut PRK masih bertiup kencang ombak isu masih melanda yang berkaitan individu yang bertanding semasa PRK baru-baru ini, walaupun PRK sudah berakhir dan barisan MPM telah dibentuk namum tsunaminya PRK masih berbekas iaitu masih banyak isu yang masih berbangkit dan persoalan belum terjawab.

        Walaubagaimanapun tahniah kepada MPM yang di bentuk dan diharap kepada barisan MPM kali ini lebih mantap kerana kali ini MPM di barisi dari pelbagai kaum dan wakil dari fakulti, yang secara peribadi saya percaya akan lebih membudayakan dan mewarnai UMP dan idea-idea yang lebih utuh dan ampuh akan terhasil dan mangharapkan MPM leboh bersikap terbuka.

        Kita terus kepada isu dan agenda posting ini di buat, kami dari pihak TGM menerima maklumat dari informer kami, yang kami rasa biarlah identity beliau dirahsiakan, demi menjaga kepentingan beliau. Kami dimaklumkan beliau telah pergi sendiri dan bertannyakan kepada pihak Pejabat NC, mengenai seorang pelajar FKM tahun 2 yang mendakwa telah menemui NC mengenai isu L1 di akhir semester, dan akhirnya memaklumkan kepada pelajar FKM tahun 2 bahawa isu ini selesai.

        Informer kami mendakwa bahawaisu  LI di akhir semester telah selesai dan pelajar tahun 2 ambilan 08/09 juga akan menjalani LI di akhir semester, dan pihak Pejabat NC mendakwa tidak pernah menerima kunjungan dari individu ini. Jadi apakah relevant dan motif Saudara Hazwan Syafiq memanggil kesemua pelajar tahun 2 mengadakan perhimpunan mengenai LI ini sedangkan masalah LI ini telah lama selesai ketika majlis anjuran MPP ketika itu bersama NC di block W??

        Apakah motif dan agenda saudara?  mahu menjadi hero?? Mudah dikenali dan mendapat sokongan dari pihak kami pelajar FKM semasa PRK?? Menonjolkan 'ciri-ciri' kepimpinan saudara kepada kami?? Walaupun itu hanya satu pembohongan sekiranya perkara ini benar?? Kami dari pihak TGM bukan berniat memihak kepada individu ataupun untuk kepentingan kami mahupun menjatuhkan reputasi saudara tetapi kami perlukan penjelasan dari pihak saudara kenapa saudara melakukan semua ini??

        Ini kerana kami dan pelajar lain merasa tertipu sekiranya itu hanya propaganda saudara, jadi kami dari pihak TGM dan juga informer kami yang merasakan diri kami tertipu memerlukan penjelasan dari pihak saudara, dan kami berharap akan mendapat penjelasan secepat mungkin samada perkara ini benar ataupun tidak, dan kami percaya anda seorang yang berintergriti seperti manifesto yang saudara canangkan semasa PRK lalu iaitu. Dan kami juga mahu menjadi seperti apa yang saudara sarankn kepada kami iaitu mahu Mahasiswa Mahasiswi CAKNA!!!


      manifesto saudara yang masih tergiang-giang di telinga saya:

      KEPIMPINAN BERKUALITI, MAHASISWA BERINTEGRITI


      p/s: Kami berharap saudara akan respond perkara ini, dan sekiranya saudara mengambil keputusan mendiamkan diri, kami menerima tindakan saudara itu.

      Sekian terima kasih

      Usul untuk Mechapro




      SALAM

          Ini hanyalah cadangan ataupun pandangan kami kepada pihak Mechapro, iaitu kepada generasi kepimpinan yang akan di bentuk kelak, samada cadangan ini diterima atau tidak itu terpulang kepada pihak mechapro. Tujuan cadangan atau usul ini dibuat adalah untuk membersihkn kembali nama Mechapro di kalangan pelajar FKM dan juga mengembalikan kepercayaan pelajar FKM.


      Mengelak masalah kroni:

      1. Menghadkan setiap pelajar FKM hanya layak untuk menyertai aktiviti hanya sekali untuk setiap sem (sbg contoh: sekiranya pelajar itu sudah ke SIC untuk menonton Moto GP, dia tidak layak lagi untuk pergi kali kedua menonton F1, GT Japan tetapi menjadikan dia layak sekiranya terdapat kekosongan)

      2. Pihak Mechapro membentangkn takwin  aktiviti sepanjang tahun atau sepanjang sem untuk aktiviti yang akan di bentuk, ini bagi membolehkan pelajar FKM alert dengan aktiviti yang akan diadakan, jadi masalah seperti 'tidak tahu''tidak tengok memo' dll. tidak berlaku.

      3. Pihak mechapro haruslah 'turun padang' dan dengarlah permasalahan dari pelajar FKM seperti sekarang yang sangat kritikal, iaitu isu pergerakan bus. Pihak Mechapro dan pihak pengurusan FKM boleh juga mengadakan 'Hari Bertemu Pelanggan' pada tempoh tertentu seperti 2 minggu sekali,atau sebulan sekali. Bukan hanya meletakkan kotak di meja dan berharap bantuan tiba.

      4. Pembentangan belanjawan Mechapro haruslah diadakan setiap sem, dan haruslah lebih telus, dan difahamkan bahawa setiap sem setiap persatuan fakulti akan menerima RM 10k bagi setiap sem bagi aktiviti fakulti, jadi gunakanlah peruntukan itu dengan sebaiknya.

      5. Menerangkan fungsi kad keahlian, yang saya percaya pada pandangan saya masih kabur lagi mengenai fungsi dan kelebihan pelajar FKM mendaftar dan memiliki kad 'cetakan murahan' yang berharga RM 10 ketika di 'zaman' saya, kemanakah duit itu di gunakan?? pihak Mechapro harus perjelaskan perkara ini.

      6. Buku rujukan, jaket fakulti, safety boots yg di jual oleh pihak mechapro haruslah murah, di samping berkualiti. Ini kerana ketika mendaftar dan memiliki Kad keahlian Mechapro dahulu, kami di janjikan akan mendapat potongan harga, sekiranya menjadi ahli, persoalannya, di mana janji-janji itu?


      Cadangan penambah baikan:

      1. Pihak mechapro mencari sumbangan@sponser dari pihak luar, ini kerana nilai RM 10k bukanlah nilai yg besar pada saya.

      2. Menubuhkan koperasi, dimana menyediakan kemudahan menjual alat tulis, print, fotocopy, dll koop ini juga bileh menjadi seperti 'one stop center' kepada pelajar FKM.

      3. Mengadakan program 1 kelas 1 taman, seperti sedai maklum keadaan sekeliling di Kampus Pekan amatlah menyedihkan, cadangan ini adalah dimana setiap kelas di beri tanggungjawab untuk mencantikkan kawasan yang diberikan.

      4. Memohon pihak pengurusan memberikan satu ruang bengkel 'free zone bengkel' dimana pelajar FKM dapat mencuba dan mempraktikkan kemahiran di luar waktu kelas dan mencuba sesuatu yang baru, ini juga dapat digunakan sebagai tempat untuk mengisi masa lapang daripada melepak dan tidur di dalam surau.

      5. Pihak Mechapro juga boleh menjual cenderahati seperti keychain, t-shirt, sweeter dll. yang melambangkan fakulti dan Mekanikal umumnya, ini dapat menjana pendapatan kepada Mechapro sendiri.

      6. Lebih banyak mengadakan program khidmat masyarakat, seperti melawat sekolah-sekolah di sekitar Pekan, yang menurut pengalaman saya terdapat dikalangan mereka ini terlibat di dalam masalah sosial sperti mat rempit seawal usia 13 tahun lagi. Khidmat masyarakat ini perlu bagi membentuk jalinan antara UMP dan penduduk setempat di dalam rangka memasyarakatkan universiti.

      7. Pihak Mechapro boleh juga mengadakan pertandingan reka cipta, yang bagi saya secara peribadi berpendapat, event seperti ini amat mendapat sambutan dari pelajar. pertandingan ini di buka kepada semua fakulti, pertandingan ini adalah seperti membina 'jentera ringkas' di dalam kategori tertentu.


      Perkara yang perlu di 'follow up' oleh Mechapro:


      1. Meminta pihak pentadbiran menyediakan locker seperti yang dijanjikan dahulu, walaupun setelah memasuki semester 2 nampaknya perjanjian dan persetujuan itu masih lagi 'di peringkat cadangan'

      2. Pihak pengurusan juga menjanjikan tempat istirehat@lepak kepada pelajar, tetapi seperti biasa ianya 'masih di peringkat cadangan'

      3. Perjuangkan waktu kelas bermula seawal pukul 9am, seperti yang Prof. Rosli janjikan kepada pelajar FKM semasa pertemuan dahulu dan selewatnya adalah berakhir pada pukul 5pm.

      4. Pusat rekreasi juga masih belum nampak 'bayangnya' seperti yang dijanjikan oleh pihak atasan semasa perjumpaan yang diadakan dahulu. Untuk maklumat, dua meja pimpong telah di hantar ke Pekan, tetapi ianya untuk kegunaan siapa??? anda fikirkan jawapanya.



      Harus di ingat ini hanyalah cadangan dan usul dari pihak TGM di mana perkara-perkara ini juga kami percaya apa yang pelajar FKM lain mahukan. Sekarang ini terpulang kepada pihak Mechapro dan pengurusan untuk menrimanya atau tidak.






      wasalam




      sent by tinta rindu noxx 

      DI MANA MPP KITA???

       
      ASSALAMUALAIKUM...

           Sekali air bah, sekali pantai berubah….itu senario bila tampuk kepimpinan berubah..Tapi PRK UMP 09/10 seakan-akan sekadar ‘mengundi semula’ kerana beberapa calon dominan yang bertanding Dilihat sebagai hanya ‘fotocopy’ dari tampuk kempimpinan yang lama, jadi seperti akan berlaku masalh dan budaya yg lama..adakah kita mahu berada di takok lama??? Tak guna melaungkan slogan ‘MAHASISWA PEDULI’ andai sekadar peduli untuk meraih UNDI…


            Tapi sekarang MPP belom di lantik, belom lagik di undi calonnya, belom lagi puas memancing undi, tapi MPP LAMA seakan-akan melepaskn tanggunjawab yang di galas dek kerana MPP BARU akan di ‘julang’ permasalahan dikalangan mahsiswa yg memilih mereka bagi PRK lepas sudah tidak menjadi tanggungjawab mereka lagi..sekadar duduk dan melihat dan cukup sekadar meletakkan gamba yg SCREEN BESAR sudah di pasang d kafe KK1/KK3..itu di anggap pengakhiran tugas???

      27/01/10
      ·         9.30am-menaiki bus di tempat menuggu bus Di KK2
      ·         9.40am-bus bergerak ke tempat menunggu bus di KK1 berhampiran masjid
      ·         9.45am-di arah menaiki bus separuh penuh yg tersedia di tempat menunggu, tetapi malangnya kekosongan tidak dapat menampung kesemua penumpang, akhirnya turun semula dan menaiki bus asal.
      ·         9.50am-bergerak semula ke tempat menunggu bus di KK2 dan sekali lagi diarahkan menaiki bus separuh     penuh yg tersedia di KK2, dan sekali lagi kekosongan tidak dapat menampung jumlah penumpang. Dan terpaksa turun semula dan menaiki bus asal.
      ·         10.25am-bus bergerak semula ke tempat menuggu bus di KK1 dan beberapa minit kemudian bergerak meninggalkan kampus Gambang, tetapi sebelom itu pemandu di desak oleh saya di tempat menuggu KK2 supaya bergerak, dan di janjikan 10-15 minit kemudian.
      ·         11.30am-bus yg dinaiki bernombor pendaftaran W** 982* tiba di kampus PEKAN.


           Itu pengalaman yg di lalui sendiri oleh saya, jika dilihat terlalu banyak pertukaran bus sehingga tiga(3) kali, inikah yg patut berlaku??? yang lebih menyedihkan kelas beberapa sahabat yg lain, yg bermula pada pukul 11.00 am, terpaksa di ponteng, dan hadir lewat...siapa akan bertanggungjawab sekiranya prestasi akedemik merosaot??? jadi Di mana MPP?? Tugas mereka sudah selesai menjelang minggu manifesto?? Atau lebih tepat lagi beberapa minggu sebelom hari penamaan calon?? Kepada siapa kita perlu mengadu dan aduan kita di layan?? DIMANA MPP?? DI MANA SUFFI?? DI MANA MPP LAIN?? Sibuk mengambil gamba dari berhikmat selaku MPP??


           Itu mungkin satu dari kisah pada hari ini..ya HARI INI!!!, dan kisah lainnya pula ade dari kalangan yang sama berkuliah di pecan hari ini di turunkan bukan di tempat sepatutnya…dan lebih menyedihkn terpaksa berjalan dari pintu pagar berhampiran blok V(terletak di bengel makmal kimia) sehingga ke KK2 dalam keadaan berpanas dan keletihan dik keran perjalanan yg jauh dari pekan(untuk pengetahun jarak adalah lebih kurang 60km sehala)..jadi di mana MPP?? Di mana JHEPA??


           Jika tidak mahu masalah ini berulang berhati-hati dan cermatlah dalam memilih calon, jgn memilih calon yg gila kuasa dan PRO-JHEPA, yg mengutuk alim ulamak dik kerana pengetahuna yg cetek dalam agama(x penah melihat berjemaah di masjid tapi pandai bercakap soal agama di blognya!! Releventkah??) jangan kerana sekali lagi kita tersalah pilih, sekali lagi kita menaggung derita...dan menjadi mangsa PIHAK ATASAN yg senang lenang kesana sini..kebajikan kita tak penting lagi.

           Kita tidak mahu lagik masalah ataupon pemimpin yang tidak menghormati guru di mana menghantar SMS kepada beliau supaya lecrturer itu datang dan berjumpa denganya dek kerana tidak berpuas hati dengan tindakan lecturer itu menjadi penaung kepada suatu majlis yg tidak di setujuinya, inikah medium terbaik untuk berdakwah??? Dan juga pemimpin  popular yang selalu keluar akhbar dan TV(BICARA SISWA)  lagi dipilih tapi lebih bnyak berkata dari mengangkat senjata??, oleh itu bangunlah, PEDULIlah dan undilah calon yg sepatutnya….tepuk dada tannya iman…lihat dalam sudut hati kita…



      ASSALAMUALAIKUM…


      hai...

      salam
      kawan2...sy NOXX arini noxx nak cerite pasal sometink taw...alaa...
      psala PRK yg nk dekat nie...u all mest ngundi taw...ngundi spe??
      bkn noxx k.....noxx x masuk bertanding...tp u all semua kena hati2 k...
      sbb.....

      sebab...noxx nak kawan2 semua fikir yg noxx x mahu n mayb jugak kawan2 pun x mahu
      MPP akan datang sme jer macam MPP yg lepas...spe tuh YDP die?? erm...S.U.F.F.I.T..
      SUFFI...ape2 jelah....lalalal....so kawan2 semua mesti pandai k memilih...

      bukan yg setakat pndai BERCAKAP n sogok kite dgn 2FLAT SCREEN, dah kire buat
      keje n semua puas ati...very the derrrrrr.....so noxx nak...kawan2 semua celik n cerdik
      sikit ek...noxx nk pesan yg adelah 2,3 org yg calon nieh noxx kenal taw...Pro-U...

      so kawan2 nak ker?? yg telunjuk U semua diorang ikot?? errrr....noxx x nk....so kalu kawan2
      pon xnak kn....kawan2 tnye noxx ek mne yg X PERLU 'X' nnti..oklah kwan2..noxx nk g mndi nieh...badan getah2 g joging....daaaaa.....

      **WINKX3

      Updated issues around UMP

      Updated dari Portal FKM

      Updated dari UMPlife forum

      Dekan FKM-Team Gerabak Mekanikal

      Free Image Hosting

      DEKAN FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL PROFESOR DR. ROSLI BIN ABU BAKAR Ph.D (Hanyang University, Seoul, Korea), M.Sc. (Hanyang University, Seoul, Korea), B.Eng. (Mechanical, Hanyang University, Korea)

      Hantar banner korang !!!

      banner 115×116  Free Image Hosting Free Image Hosting Free Image Hosting Free Image Hosting Free Image Hosting Free Image Hosting .