Assalamualaikum and Salam Sejahtera.
Sy dh mengikuti sesi dialog yg telah berlangsung hampir 2 jam dan ini hasil yg saya dapat:
Dekan JHEPA memulakan dgn penerangan mengenai announcement di e-community yg lalu. Beliau menyatakan bahawa:
1) Keutamaan adalah kepada pelajar tahun akhir manakala yg selebihnya akan ditempatkan di kolej kediaman Gambang/Pekan
2) Pelajar tahun akhir FKKSA/FSKKP/FKASA akan diberikan keutamaan utk kampus Gambang
3) Pelajar yg LI sem depan tapi perlukan tempat tinggal di kampus Gambang boleh apply dan akan diberikan tempat berdasarkan kekosongan.
Sesi Soal Jawab
- Sdr Sufi Kamari memulakan soalan dgn menanyakan 'status sebenar' asrama UMP Pekan:
Jwpan dari Dekan JHEPA: Asrama kk5/6 dijangkakan siap pada pertengahan Mei 2010 dan 2 minggu diperlukan bagi proses mendapatkan CF, which means, by the end of Mei semuanya akn settle.
- Tambahan: Atlet juga di-considered sebagai aktif dan keutamaan akan diberikan
- Student PSM/Tahun Akhir akan diberikan keutamaan utk hostel allocation
- Basically, UMP xde PLAN B (backup plan) jikalau kk5/6 tak siap sebelum intake akan datang dan Dato NC urge student supaya 'membenarkan' pelajar2 yg 'kasihan' ini utk berkongsi bilik/ruang tamu (isu kk4 merempat akn kembali la jwpnya)
- Intake akan datang ialah seramai 2500 pelajar, jika 2500 pelajar yang mendaftar di UMP pada semester hadapan, 6900 pelajar akan mendapat tempat di dalam Kampus (jika kk5 siap) dan 290 akan tinggal di luar (cari rumah sendiri). Practically ianya mustahil kerana xmungkin 2.5k pelajar akn masuk sem depan, kalau yg masuk tu 2.1k sahaja, maka lagi 290 org tu akn terselamat dan boleh la tinggal kat dalam UMP (pekan/gambang).
- Kafe Kolej Kediaman di Pekan: Kafe dh siap. construction yang kat tepi lab FKM. itu lah dia.
- aku telah bangkitkan isu mengenai Tahun 3 FKM/FKEE utk semester hadapan. memandangkan 1/4 dari kami akn tinggal di Pekan manakala selebihnya akan tinggal di Gambang, cmne dgn kelas ganti/test/final?
jawapan Dato NC (dato NC yg jwp ni): "sume hal mcm test/final ni akan diserahkan kepada FKM, you dont have to worry" (mcm lepas tgn je..)
- aku juga telah membangkitkan isu aktiviti pelajar hujung minggu yg melibatkan kelab sukan/seni mempertahankan diri seperti bola sepak, basketball, badminton, silat, dan taekwondo dan aku propose supaya JHEPA sediakan BAS pada weekend utk student Pekan secara 'paksanya' ulang alik Gambang ke Pekan dan Dato NC sendiri juga jwp "hal kecik xyah risau. bila tiba masanya, masalah akan diselesaikan"
- ada menanyakan mengenai masalah emosi pelajar yg terpaksa mengambil 21jam kredit + 2 jam kredit naik bas pergi balik utk semester ini dan Dekan JHEPA menyatakan bhwa JHEPA ada menyediakan pakar psikologi utk mana2 pelajar yg mempunyai masalah dalaman/emosi. dan pesanan Dekan JHEPA ialah "dont underestimate your self"
- MECHAPRO membangkitkan isu keselamatan dari segi bangunan + foreign worker dan Dato NC memberikan jaminan 100% bhwa "there will be no compromise in terms of safety. student hnya boleh masuk bangunan bila ada CF/CCC. bangunan cantik mcm mana pon, kalau xde CF, sy xkn benarkn student masuk. begitu juga dgn keselamatan pelajar"
- CHEST menyuarakan cadangan supaya UMP merizabkan 1 kawasan perumahan seperti Taman Tas dan dimonitor oleh UMP. dan dlm masa yg sama, UMP leh hantar bas secara berskala utk studnet yg tinggal di sana terutamanya yg berpendapatan rendah dan Dato NC menyatakan bahawa cadangan itu 'tidak praktikal'
p/s: Sy hnyalah penyampai dan tiada unsur ubah-suai ayat...
Regards,
MusTanG
Dan ini adalah beberapa snapshot status terkini kolej kediaman dari blog The Tink Thanker,mantan YDP MPP yang lalu. Minta maaf pada TTT sebab post gambar sebelum meminta kebenaran, sebenarnya kami menerima saranan dari "sum1" ( inbox email ).
salam...
ini adalah gambar KK5 di pekan..update on 23/03/2010
sumber gambar : http://siffusuffi.blogspot.com/2010/03/isu-perpindahan-ump-pekan-mahasiswa.html
Dan 3 gambar terakhir itu adalah dari http://mpmump.blogspot.com/
[Audio] Abu Ubaidah Al-Jarrah oleh Mujahid bin Mohamad
-
PENYAMPAI Mujahid Bin Mohamad Pelajar Tahun 3 Fakulti Pembuatan Universiti
Malaysia Pahang
12 years ago







