Siapakah JHEPA ???

Mari berkenalan dengan salah satu organisasi penting dalam UMP iaitu Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni


Pengenalan JHEPA



Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (JHEPA) Universiti Malaysia Pahang (UMP) merupakan salah satu Jabatan yang terpenting dalam Universiti yang bertanggungjawab menguruskan segala hal ehwal pelajar. Secara rasminya Jabatan ini atau dahulunya Pejabat Hal Ehwal Pelajar yang pertama. Namun demikian tanggungjawab memberi perkhidmatan, kebajikan, pembangunan sahsiah pelajar telah bermula lebih awal lagi iaitu sejak penubuhan KUKTEM tahun 2001.



Matlamat penubuhan JHEPA ialah untuk membantu Universiti dalam melahirkan graduan yang berkualiti dan berketerampilan dalam pelbagai aspek meliputi rohani, emosi, jasmani dan intelek selaras dengan falsafah pendidikan negara. Ini amatlah penting ke arah pencapaian wawasan dan pembangunan negara di masa hadapan. Pelajar haruslah dididik untuk menjadi insan yang sempurna, yang bukan sahaja terbangun dirinya untuk memahami fenomena alam tetapi juga terbangun komponen rohani, emosi, akal dan juga fizikalnya.



Tanggungjawab JHEPA ialah untuk menyediakan prasarana dan persekitaran pembelajaran yang kondusif, merancang, mengatur, melaksana dan mengawal selia program pembangunan sahsiah pelajar. Jabatan ini juga memberi perkhidmatan kepada pelajar dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan kebajikan, penguatkuasaan peraturan, kediaman pelajar, kesihatan, kaunseling, kerjaya, aktiviti dan kegiatan berpersatuan, dan bantuan kewangan pelajar.
 


Di ambil dari laman http://jhepa.ump.edu.my/

1 orang Mahasiswa cakna:

1511_paranormal said...

haha..cepat je admin post aku nye komplen..

Updated issues around UMP

Updated dari Portal FKM

Updated dari UMPlife forum

Dekan FKM-Team Gerabak Mekanikal

Free Image Hosting

DEKAN FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL PROFESOR DR. ROSLI BIN ABU BAKAR Ph.D (Hanyang University, Seoul, Korea), M.Sc. (Hanyang University, Seoul, Korea), B.Eng. (Mechanical, Hanyang University, Korea)

Hantar banner korang !!!

banner 115×116  Free Image Hosting Free Image Hosting Free Image Hosting Free Image Hosting Free Image Hosting Free Image Hosting .