Isu pelajar dipindahkan ke KK5? Merempat lagi lah alamatnya...


 
Bantahan terhadap isu perpindahan Mahasiswa MEKANIKAL ke Kampus Kuala Pekan ,UMP.

Sekali lagi kita dikejutkan  dengan isu perpindahan kediaman. Kediaman ke 5 menjanjikan satu lagi prasarana yang disediakan university ini.
Masalahnya,adakah isu yang sama akan berulang seperti awal semester yang lepas? Yang mana pelajar dijanjikan akan ditempatkan di kediaman KK4 walhal bangunan tersebut lansung belum siap sepenuhnya?
Dan lebih parah lagi, perpindahan mereka ditangguhkan dan mereka ditempatkan di kediaman KK2.Apakah perasaan anda bila terpaksa menumpang diruang tamu yang dihuni oleh 8 orang pelajar?
Sementara  laptop,barangan peribadi dan pakaian bersepahan di hadapan rumah. Layakkah ini jika dibandingkan dengan yuran yang dibayar? Di tambah lagi dengan berbagai peraturan-peraturan dan undang-undang baru yang diperkenalkan semata-mata mendapatkan duit pelajar.
Dalam konteks bangunan kediaman, seperti yang kita dapat lihat sekarang, …oh ya..maaf..tiada apa yang anda dapat lihat,sebab bangunan itu memang belum siap lagi. Persoalannya dimana kita akan ditempatkan? Heboh sudah isu ini diperkatakan oleh Mahasiswa sebaik saja memo perpindahan ini dikeluarkan.
Pertama-tama isu yang perlu dipertimbangkan sebelum Mahasiswa di bawa ke Kampus baru
1)      Dimanakah letaknya premis tersebut? Sebagai pelanggan Universiti ini,kami berhak untuk tahu perancangan pihak pengurusan. Sekiranya kami ditempatkan diluar kawasan kampus,bagaimana dengan yuran pengajian? Adakah akan berkurang atau sama sahaja?
2)      Sejarah bakal berulang, dan sekali lagi isu kemudahan internet dan kemudahan mendapatkan sumber bacaan seperti perpustakaan akan diketengahkan. Al-maklumlah, Mahasiswa hari ini semua celik IT,kalau tidak jenguk internet seharu,ibarat cacing kepanasan. Ditambah pula dengan suasana persekitaran yang tidak menjanjikan perkara yang lebih baik untuk dibuat berbanding mengadap laptop. Ini realiti, bukan barang yang diada-adakan.   
3)      Setimpalkah dengan bayaran kami sedangkan kemudahan yang disediakan seperti hidup segan mati tak mahu.Apatah lagi bila ditempatkan di tempat yang belum siap. Inikah universiti bertaraf antarabangsa yang disediakan untuk kami?
4)      Isu paling penting ialah, bagi pelajar tahun 3,pasti menghadapi kesulitan untuk menjalankan projek akhir pengajian. Iyalah, sedangkan perpustakaan dijadikan surau, mana bukunya?..oh ya,ada di fakulti kejuruteraan eletrik..bersebelahan dengan kafe staff.


Persoalannya sekarang,adakah Mahasiswa mahupun pihak pengurusan sudah bersedia untuk perpindahan ini? Jangan disebabkan ini, kebajikan kami terabai.

Kami disini bertujuan menuntut ilmu, bukan untuk memenuhi kehendak orang lain.
Kalau macam ni,janganlah taburkan janji yang macam-macam.
Oh ya lagi satu,



......






....











...





...

















...



























.....



























..






( Kami menunggu email anda )  =D






p/s : Kalau dulu,
duduk KK4,
student merempat sampai tak cukup tempat...


Sekarang,
duduk KK5,
merempat kat  kaki lima lah jawabnya..




Aduhai..banyaknya dugaan nak menuntut ilmu..


TGM

5 orang Mahasiswa cakna:

Anonymous said...

hoho..jom mogok !!!!
perjuangkan hak kita!!..

Anonymous said...

mogok sama mongok!!!

hahaha

ceSc.x0x0 said...

seriesly x stuju pasal perpindahan ke KK5..!!
harap pihak management timbang balik keptsn yang menyusahkan para pelajar ni..

khaliq said...

Slm pjuangn.Smua sdia mklum ttg isu kolej kdiaman d kampus Pekan.Phak MPM ambl ckna dgn isu ini & bberapa lngkh pnyelesaian sdg dlakukn bg mngelakkn pkara yg sma blaku spt d KK4. D sini, sy myeru shbt2 agr btndk sbg seorg mahasiswa yg dwasa & tdak mlakukn pkara2 dluar ke'waras'an kta sbalikny bfkir scra rsional akn 'pr...o' & 'con' bkenaan isu ini.Pihak MPM tdk akn bdiam diri jika ia mlibatkn kebajikan MAHASISWA UMP.

Anonymous said...

ayat copy je ak tgk si khalid ni... emmmm

Updated issues around UMP

Updated dari Portal FKM

Updated dari UMPlife forum

Dekan FKM-Team Gerabak Mekanikal

Free Image Hosting

DEKAN FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL PROFESOR DR. ROSLI BIN ABU BAKAR Ph.D (Hanyang University, Seoul, Korea), M.Sc. (Hanyang University, Seoul, Korea), B.Eng. (Mechanical, Hanyang University, Korea)

Hantar banner korang !!!

banner 115×116  Free Image Hosting Free Image Hosting Free Image Hosting Free Image Hosting Free Image Hosting Free Image Hosting .