statement terbaru dari seorang WAKIL UMUM

Ini apa yg kami terima dan sempat 'kutip' statement terbaru beliau sebelom posting ini di DELETE...
baca dan nilaikan......

Goyahnya Mereka

     Sedarkah bahawa dalam negara kita ni ada banyak jenis manusia dan antara jenis yang ada adalah manusia yang terlalu taksub dengan sesuatu ataupun seseorang. Memang ada. Siapa kata tak ada.

    Baru-baru ni, ada sesuatu kejadian yang melanda diriku. Aku tak akan menganggapnya sesuatu yang malang kerana ini disebabkan oleh corak pemikiran mereka yang masih belum matang. Bagi aku, aku tak takut dengan apa-apa selagi aku masih membawa kepada kebenaran dan kebenaran itu nyata terserlah malah tidak dapat disorok lagi. Bak kata pepatah, seperti bangkai gajah disorok di bawah nyiru.

   Kejadian yang baru berlaku ini adalah sesuatu yang sememangnya amat menggugat hubungan aku dengan kawan-kawan aku yang sedia ada dan hubungan aku dengan insan-insan lain yang baru aku kenali.

  Jika pernah sesiapa membaca sebelum ini, aku pernah mengeluarkan sebuah entri yang bertajuk "Doa Baik vs Doa Jahat" yang melibatkan komen aku kepada tindakan Nik Aziz yang mendoakan bala kepada Dato' Seri Najib. Apa yang aku lontarkan hanyalah komen-komen semata-mata dan komen yang aku lontarkan bukanlah semata-mata komen kosong tanpa kajian.

  Malangnya, ada segelintir yang membacanya (aku percaya sangat taksub kepada Nik Aziz) telah menghebahkan bahawa aku telah menghina ulama. Aku pun pelik dengan tuduhan tersebut yang amat sempit pemikiran mereka. Pada dasarnya, aku tidakpun mengeluarkan kata-kata menghina denga kata-kata kesat dan sebagainya. Malah, aku lebih menggunakan medium kritikan dalam entri tersebut. Malangnya, pihak yang membaca itu tidak menilai penulisan aku itu dengan kematangan, tetapi dengan emosi.

  Bagi aku, manusia yang tidak boleh menrerima kritikan adalah manusia yang tak akan maju sampai bila-bila. Apakah kritikan itu amat hina di pandangan manusia sehinggakan satu kritikan itu menyebabkan seseorang yang mengkritik dihina dan dicaci?

  Aku agak sedih dengan situasi ini. Jika benarlah mereka ini mengamalkan ajaran Islam, dan jika benar mereka ini benar-benar Islam, mereka tidak akan mencaci, menghina dan mengherdik dengan kata-kata kesat kepadaku. Oh, ya! Aku lupa, mereka diajar mencarut kan suatu ketika dahulu? Bagaimana boleh aku lupa? Yang gurunya mengajar bahawa Allah juga mencarut?

  Bagi aku, Islam mengajar umatnya untuk bertindak dengan akal, bukannya emosi. Namun apa yang berlaku sekarag ialah aku diserang dengan teruk oleh golongan-golongan yang bertindak dengan emosi kebencian yang membuak-buak. Aku tak menafikan ada golongan yang mengkritik dan menegur aku semula dengan cara berhemah dan matang, namun jika aku kirakan nisbahnya hanya 1:15 sahaja.

  Aku juga dikatakan dengan negeri Kelantan. Aku tak berkata apa-apa pun tentang negeri Kelantan dalam entri tersebut. Aku hanya menyentuh hal doa tersebut sahaja. Kemudian juga ada yang mula memfitnah aku dengan pelbagai fitnah. Ada yang menyatakan aku sesat dan sebagainya. Inikah mentaliti masyarakat kita? Masih meletakkan kematangan mereka di celah kelengkang masing-masing?

  Sepatutnya mereka sedar bahawa ulama kini tak semuanya tulen. Ada juga yang terpesong dan ada yang benar-benar ulama. Ulama tak semestinya berada di dalam jubah setiap masa. Ada juga ulama yang berada dalam pakaian kasual seperti orang lain. Cuma kita tak tahu mana satu ulama yang benar, mana satu yang tidak. Aku tak menyatakan Nik Aziz itu ulama palsu tetapi apa yang mahu aku ketengahkan di sini ulama juga bisa melakukan kesalahan dan kesilapan. Malah jika ada kesilapan dan kesalahan itu mendatangkan dosa, maka berdosa jugalah mereka. Mereka tidak maksum dan tidak terlepas dengan dosa-dosa di dunia.

  Aku tak menyalahkan pemimpin itu seratus peratus tetapi masalah utamanya ialah penyokong ataupun pengikut pemimpin tersebut. Apabila benar pemimpin tersebut, mereka soraklah benar. Kalau salah pemimpin tersebut, masihlah mereka bersorak benar. Ketaksuban dan kejumudan mengakibatkan mereka anggap status yang ada pada pemimpin itu terlalu tinggi. Inilah berlakunya pendewaan pemimpin atau istilah yang digunakan oleh bangsa barat ialah deification. Mereka sudah menganggap pemimpin yang mereka sanjung itu amat tidak berdosa seperti dewa mahupun bidadari (god and goddess). Tidakkah mengambil selipar seseorang pemimpin itu semata-mata untuk mendapat berkat dari selipar yang pernah dipakainya itu adalah syirik? Mengapa boleh dia membenarkan perkara ini berlaku? Yang sepatutnya, ditegur kepada orang tersebut bahawa mengharapkan berkat dari pakaian, makanan, mahupun asesori yang pernah digunakan oleh seseorang itu syirik dan adalah lebih baik jika pemimpin itu mendoakan kebaikan terhadap insan tersebut.

  Apa yang aku tulis ini bukanlah aku mengkritik sebelah pihak sahaja malah sebelah pihak yang lagi satu juga berlaku. Antara contoh yang berlaku adalah berkenaan dengan pengikut Khairi Jamaludin dengan penyokong Mukhriz Mahathir. Mereka terlalu menganggap kedua-duanyalah yang paling betul dan menyebabkan organisasi mereka berpecah belah.

  Betapa goyahnya mereka. Mentaliti masih lagi lemah. Tak mahu menerima kritikan. Sekali kita kritik, dikatakan pula kita menghina. Lalu kita pula dicaci dan dihina oleh mereka.

  Sampai bila kita mahu begini? Tak berani menghadapi kenyataan? Kalau begitu, sampai bilakah kita akan menjadi lemah dan tidak mahu membaiki diri malah masih mahu memfitnah?

Wallahualam.

*****

Nota Kaki:
1. Teringat pula kisah aku diserang dengan penyokong-penyokong parti pembangkang yang menyatakan aku ini sudah sesat dari ajaran Islam. Masya-Allah.
2. Tak sangka ramai 'penyorak' menyorak memberikan 'sokongan' kepada aku malam tadi. Alhamdulillah, Allah mengajar aku untuk menghadapi situasi begini dalam usia muda agar aku lebih bersedia ketika dewasa nanti.

18 orang Mahasiswa cakna:

Anonymous said...

cis ckp hal matang ko yg pkir cam bdak bodo, tok gi=uru lah org yg kte kne sanjung jgn jdi hamba talm dua muka yg ak mkan diri ko sndir, pikir la bodh lu pkir la sndri

Anonymous said...

sape ko yg ckp dosa dia wat doa tu..ajran mne ko amik ni wei..xtau agama jgn ckp..nabi ckp seeloknye doa yg baik la..xda pon ckp doa yg bruk dpt dosa..aku gram la wei..

Ariffin Abdullah said...

Untuk pengetahuan, post ni ditulis xde pengaruh utusan, atau harakah atau nanyang siang pau atau mane2 newspaper...ni adalah dr pendapat sendiri and sumber hadith dan sirah adalah dari laman web jakim sendiri.

aku dh tgk video mr. nick ni. tapi pd dasarnya, tindakan mendoakan bala kepada saudara seislam bukan amalan Rasulullah. Malah Rasulullah mendoakan kebaikan kepada musuh2 Islam sendiri.

Kalaulah mr. nick tuh bagus sgt, maksum sgt, nabi zaman modenlah kononnya, kenapa xdoakan bala kpd uncle lim ngan uncle singh tuh yang sememangnya menentang islam secara terang-terangan? rakan saudara dia yang cuba menegakkan islam pula yang didoakan bala.

mr. nick ni dah sewel. Dah mengamalkan machiavellianism. Sanggup memperalatkan agama untuk kepentingan politiknya.

Lepas ni apa lagi? Mengaku kafir yang sekutu dengannya boleh masuk syurga jugak??? Wallahualam, nauzubillah.

===================================

komen yg atas dicopy paste dri salah satu komen Fadzrulhisyam di Blognya just b4 he delete that article.

I respect his opinion and i agree nobody prefect includng Tok Guru. Tetap ble die ckap Tok Guru sewel, aq dah x respect die lgi.

Yg lain aq malas nk komen coz ia perihal politik where it will become the endless topic if we discuss.

Tok Guru pernah ajak Uncle Lim n Uncle Sigh utk berdebat knape hukum hudud tdk boleh dilaksanakan di Malaysia. But they refuse.Klau beliau ajak Mr Zack lgi kalakar bunyi nye kan? Muslim will not become Kafir if they refuse to execute Hudud. But alasan mereka lah yg menunjukkan mereka fasik(menurut mazhab Syafie) dan kafir bagi mazhab Hanafi.

Tok Guru bukan ahli politik yang bagus, but he was the best from the best.
Open my blog to know who is Tok Guru in the eye of Muslim world

Gerabak said...

Terima kasih saudara Ariffin atas kesudian anda berkongsi maklumat.
Apa-apa pun,sila teruskan membaca.
Mungkin sampai masa nanti kami akan menjemput saudara bersama dalam perjuangan kami.

regards


GM

Anonymous said...

kalo kuerng agame...jgn main bantai saje....tuk guru jauh lebih berilmu...
jgn tnjuk mu tu pandai mnilai org lain...
cube nilai dirimu dlu...

duang said...

jgn tnjuk baik............jgn panda nk mnilai org..
duk dpan crmin dulu...nilai diri sndri dlu yee

Anonymous said...

klu kita nak comment seseorang 2..kita kena kaji dulu..dgn internet..kita boleh dapat pelbagai maklumat dalam sekelip mata jerk..tp bg yg buat post nih..br tau org 2 mempunyai pemikiran yg cetek kerana tak dapat menilai yg baik or buruk..rakyat kelantan bukan org bodoh..kerana dia tahu, bila seseorg ulama memimpin, dia takkan mengamalkan rasuah..hidup yg sederhana..tak perlu la kmo berbuat ayat2 kesian..kami tak akan dengar semua 2..kelantan maju..adalah usaha seorg ulama..hasil dr usaha sendiri..harapkan bantuan kerajaan pusat..semua adalah kata2 kosong semua..apa yg dia org tahu..masuk duit rakyat sebanyak mungkin dalam poket..begitu juga yang akan berlaku di negeri kedah n sewaktu dengannya..so klu tak tahu apa..jgn duk buat pandangan membabi buta n jangan jd katak duduk di bawah tempurung..hanya mendengar ulasan media yg ada di masa sekarang..kerana media sekarang adalah org yg berat sebelah..kerana kmoo adalah org yg tergolong org2 yg gila kuasa..

p/s: untuk membuka matamu dgn luas..aku bg satu url blogger..
http://bbcatlover.blogspot.com

dalam nie juga..ada related blog2 lain..so klu kmoo di antara org yg berakal..selalu la buka blogger..kerana d situ banyak kepincangan memimpin yg kmo agung2kan 2..salam

Anonymous said...

nate mung..gocoh ar..
ak slisih ngan mung,pecoh palo mung!
mung ni gilo nate gapo dok ngutuk ulama'!!!aku ulang mula ulama'!!!!
baik mung ngucak smula la berukk!!

Anonymous said...

dengan membuat komment cni..igt kmo boleh mempertahankan hujan2 kmo..klu kmo rasa bgs sgt..buatlah satu perjumpaan rasmi..barulah kmoo tahu adakah kenyataan kmoo benar or tidakk..jgn main cakap membabi buta jerk...

Anonymous said...

to fazrul hisyam:

http://blogtokguru.blogspot.com/2009/08/nik-aziz-mahu-saman-pemutar-belit.html

Anonymous said...

bahaya pernyataan ko tu,ko pernah belajar hadith?aku bkan nak menunjuk,tp hujah ku plg kuat untuk menentang ko,dlm shahih muslim,ko bkak dlm tu..tgklah hadithnya2..klu nak buat ulasan (dgn kajian konon), jgn main kaji je,baca blog2.pastu,main bagi ulasan dgn akal snediri,bkan dgn ilmu,lain kali hati2 laa..dlm pengakuan yg ko buat dlm web satu lagi tu?nak meraih simpati untuk jwtan MPP ke?pastu bg ulasan dlm blog lain?klu nak buat pengakuan tu,biarlah ikhlas..aku bkan yg jenis taksub kpd sape2,TP AKU TGK KPD DALIL2 HADITH DAN AL-QURAN...aku rasa ko xtahu sgt psal kisah sebnar..harap2 lain kali,hati2 laa yea..jgn sampai tersasar,krana kamu akan dihisab krn mengeluarkan pernyataan yg ntah ape..ingat..nak buat pernyataan,TGK DALIL,HADITH,AL_QURAN..jgn main taram je,kdg2 aku geram jgak pernyataan ko tu,walaupun aku ni bkan jnis suka marah2..

Gerabak said...

Nampaknya ada mahasiswa yang sudah salah faham.
Kami bukan fadhrulhisyam.
Minta maaf.


=)

GM

Anonymous said...

haha..sory ek..ape2 pun..paste yg aku tulis tu kat web dia..

Anonymous said...

weh beruk!!!!!!!!!!!!!!!
doa orang hok dizalimi tu akan dimakbulkan allah!!!
loni aku nok oyak aku ore kjelate!!!!
najib wat zalim sebab dia ambk hak rakyat kelate!!!!
biar pehe gat sikit beruk!!!

Anonymous said...

aku rsa Fadzrul Hisyam ni xpnah serik.dia sudah mmpermainkan ulama' yg slalu mngajak org beramal.knp?xtkot dosa ke?apa slahnya taksub ngn ulama' kalo dh ulama' 2 slalu ajk kta wt slat,mgesakan ALLAH???taksub ngn ulama' lbih baik dr taksub ngn pmimpin M'sia skang yg ske ajk mnusia bhibur siang mlm.

aku hrp kita smua truskan bersuara mnentang fadzrul Hisyam ni smpai dia diambil tndakan.dia xinsaf lg.xcaye,pegi la kt blog dia or facebook dia...

iluminasi said...

salam..

aku naik mrh lps bca FH punye blog.. sape dia klu nk dibandingkan dengan Tok Guru?.
umur bru setahun jagung ade hati nk komen Tok Guru.. sedar la diri tu sikit..

berfikir la berlandaskan ilmu dan bukan hanya pada kecetekan akal ko tu saje..

Atas Pagar said...

kepada FH jadikan la ini sebagai satu pengajaran dlm hidup anda..

dan jgn la melakukan kesilapan yang sama tuk kali ke 2..

memang blog adalah tempat tuk kita bebas tuk bersuara.. tapi ade jugak hadnye.. so berhati2 la dengan statement anda dimasa hadapan.. ramai yang memerhati anda..

I'n said...

doa tu sebahagian dari agama islam..
so kalu nak kritik pasal doa.. pastikan da cukup ilmu tntng doa, bwat rujukan dgn alquran dan hadis dgn tunjukan orng yg lebih arif..
mane boleh cakap ikut rasional.. kalu ikut otak n akal fikiran semata2, syaitan akan masuk untuk menyesatkn..
so, tolong berhati2 kalu nak sentuh isu agama n tolong ketepikan ego ko bile orng mengkritik ko..
konon ckp orang lain x leh terima kritikan.. KO PON SAME JE!!!!!

Updated issues around UMP

Updated dari Portal FKM

Updated dari UMPlife forum

Dekan FKM-Team Gerabak Mekanikal

Free Image Hosting

DEKAN FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL PROFESOR DR. ROSLI BIN ABU BAKAR Ph.D (Hanyang University, Seoul, Korea), M.Sc. (Hanyang University, Seoul, Korea), B.Eng. (Mechanical, Hanyang University, Korea)

Hantar banner korang !!!

banner 115×116  Free Image Hosting Free Image Hosting Free Image Hosting Free Image Hosting Free Image Hosting Free Image Hosting .