Malam 27 Januari merupakan peluang terakhir untuk para calon MPP 2010 meyampaikan manifesto masing-masing. Mahasiswa UMP memandang serius dan menyokong sepenuhnya calon pilihan mereka.Namun, di sebalik sorakkan gemuruh para penyokong, satu pihak lagi hanya mentertawakan golongan ini, di satu sudut terpencil… dalam suasana riuh melaungkan slogan yang dibawa pemimpin masing-masing.
Seolah-olah disogokkan sesuatu,penyokong ini lantang melaungkan nama bakal pemimpin mereka. Maka, berkibaranlah kain rentang karya para jentera. Ternyata,
kali ini mahasiswa UMP begitu serius dengan slogan Mahasiswa UMP,Mahasiswa Peduli.
Malang sungguh nasib calon yang bersungguh-sungguh ingin mempertahankan hak kebajikan pelajar. Kerana adanya pihak yang sanggup lakukan apa sekalipun asalkan dia berjaya naik ke peringkat atasan. Sungguh,dia tidak perlu takut,kerana senarai nama carta organisasi sudah pun di lakarkan. Dia cuma hanya perlu berteater di atas pentas menyampaikan manifesto. Ini adalah perkara wajib untuk bertanding.
Tidak perlu khuatir dengan penyokong.Mereka sudah pun bersedia untuk bersorak.
Teks ucapan sudah di print-out. Kain rentang sudah di lukis.Segala-galanya sudah diuruskan.Ayuh,naikkan semangat mereka..bakar semangat mereka mala mini..rakamlah laku mereka dalam gambar,..buat penyeri blog-blog yang akan di update esok hari.
Inilah realitinya. Benarkah suara anda dibawa ke peringkat atasan?
Menempatkan flat screen tv yang sepatutnya diletakkan di suatu tempat lain telah dipasangkan di ruang kafe. Maka terlaksanalah manifestonya tahun lepas yang ingin meletakkan tv besar untuk mahasiswa.
“ Lihatlah perubahannya bro..Lu pikirlah sendiri.”
Itulah padah bermain dengan politik. Sekali anda silap bermain kata,anda akan terima padahnya. Runtuh merundum estim setelah di “booo” beramai-ramai di bawah pentas kerana posting blog yang menyentuh sensitiviti pihak tertentu.
Wahai calon MPP sekelian,kami di sini benar-benar perlukan kerah tenaga anda. Kami terpaksa belajar di kampus Pekan dengan suasana yang serba kekurangan. Inikah universiti bertaraf antarabangsa yang dijanjikan ketika mengisi borang UPU sebulan selepas peperiksaan SPM ???
Kami tidak perlukan anda yang gilakan kuasa,kami juga tidak perlukan anda yang seperti lembu ditusuk hidung..tetapi kami harapkan anda untuk kami dapat menuntut ilmu dalam suasana “ universiti” sebagaimana teman-teman se-matrikulasi dahulu.
Ayuh mahasiswa UMP,turunlah mengundi calon terbaik kita. Kita "layan" sajalah permainan mereka ini.
Diharapkan kami juga dapat pertimbangkan pilihan yang tepat selama perjalanan 1 jam 20 minit itu dari Pekan nanti.
Snapshot manifesto malam Selasa di KK2.
Picture was copied from sifusuffi.blogspot page
4 orang Mahasiswa cakna:
wah,korang ni..team Gerabak Mekanikal ea?..hati-hati sikit..korang sedang diperhatikan
anon....
aku Flame...
meh nk ckp...
walaupn aku xkn geng gerabak...
tp aku taw...
dorg sikit pn xkn gentar dgn segala ugutan....
Dan aku akn sntiasa mnyokong pihak y bnr....aku akn sntiasa bsama mereka y tranaiya...
Anon...
mekasih sbb bg kami peringtn
anon:
tq atas ingatan
flame:
tq atas sokongan
Salam perkenalan,
Maaf,keutamaan kami adalah menghabiskan pengajian kami dalam tempoh yang ditetapkan.Tiada cara untuk kami menghabiskan masa semata-mata membawa cerita palsu kepada anda.Namun kami punyai cara sendiri menyatakan ketidakpuasan hati kami tambahan pula kami yang menjadi mangsa untuk ditempatkan di Pekan.Sekiranya saudara termasuk mahasiswa yang terpaksa bangun awal pagi dan menaiki bas selama 1jam 15minit dengan lecture yang serba kekurangan,beritahulah kami apakah anda ada cara untuk bersama menaikkan taraf universiti kita ke peringkat antarabangsa?
Kepada saudari Isyaa,terima kasih.Anda pun sudah nampak masalah mahasiswa kita.Kita disogokkan dengan pelbagai hiburan,propaganda dan sebagainya.Sehingga kita lupa hak kita dalam menyumbangkan sesuatu untuk universiti.Cukupkah sekadar pointer cukup-cukup makan selepas grade nanti?
Apa yang akan kita sumbangkan kepada masyarakat di luar nanti kalau duduk dalam kampus asyik dengan "dota","cabal"..movie..arghh..
bukan tak boleh,cumanya,cubalah kurangkan..janganlah bila ada pihak yang sudah sedar,anda pula melompat backing tanpa mengetahui apa-apa cerita.
Untuk pengetahuan semua,kami akan post segala bentuk aduan yang masuk dalam inbox kami.
"gerabakmekanikal@yahoo.com".
Sesetengah isu adalah pengalaman mereka sendiri dan kami rasa bahagian itu perlu dimasukkan agar mesej mereka yang menghantar email itu tercapai.
Ada juga posting memang pengalaman dari ahli kami sendiri.Dan itulah asalnya tercetusnya idea penubuhan team Gerabak Mekanikal.
Selebihnya kami serahkan kepada anda,mahasiswa Universiti Malaysia Pahang.
p/s:kalau kamu bukan orang yg sedang tidur,buktikan!!!
Kami mengalu-alukan anda.
Selamat Datang ke Dunia Mekanikal Mahasiswa UMP.
regards,
GM
Post a Comment