Lebih radikal sedikit. =D






Kelibat Korupsi : One Buck Shot







Tatkala keadaan semakin genting, sesetengah pelajar telah mula menjauhkan diri daripada tampuk pengurusan UMP. Ada yang masih terus bersemangat memperjuangkan hak pelajar yang kurang berkemampuan. Namun, krew-krew TGM sangat berbangga dengan usaha yang diledakkan barisan kepimpinan Mechapro dan  Peka. Erm, mengapa MPM tidak di sebut? Ada apa dengan MPM ? Adakah kerana namanya yang telah ditukar kepada MPJ { Majlis Pro Jhepa } membuatkan rata-rata pelajar mula meragui kepimpinan kumpulan ini? Di manakah menghilangnya Nakib Amirul selaku wakil dari FKM dalam MPM. Adakah terdapat konspirasi di sebalik ketiadaan saudara Nakib yang telah hampir genap seminggu sejak Isnin yang lepas?

Rentetan peristiwa sejak dari Pilihan Raya Kampus tempoh  hari  hanya menjauhkan lagi hati pelajar dengan pengurusan UMP. Isu hak pelajar memang tidak akan pernah selesai memandangkan keadaan universiti kita yang masih muda. Namun begitu, adalah menjadi hak asasi manusia untuk mendapat pulangan yang setimpal dengan apa yang telah dilaburkan.  Dalam kes ini, Mahasiswa rata-ratanya terus menyatakan ketidakpuasan hati mereka dalam mendapatkan apa yang telah dijanjikan setelah berada di dalam universiti ini. Hakikatnya, adakah Mahasiswa terpilih untuk masuk ke UMP,ataupun Mahasiswa di lelong  ke UMP?..Walaupun bunyi TGM kali ini seakan-akan pro Jhepa, adalah lebih baik sekiranya Mahasiswa fikirkan  hal  ini.

Baik, kita berbalik kepada isu kita sebelum ini, iaitu mendapatkan hak kita yang setimpalnya walaupun realiti  situasi tidak menampakkan bait-bait keputusan yang memihak kepada pelajar. 

MEMORANDUM UNTUK PENGURUSAN ATASAN.

Dalam menanangi hal ini, kesepakatan dari pihak Mahasiswa sendiri adalah sangat penting. Lupakan Majlis Perwakilan Pelajar sebentar, kita ketepikan dulu slogan mereka “ MPM untuk pelajar” dan kita ubah persepsi kita kepada mereka ke arah  yang lebih baik.

MECHAPRO,

Apa kata sekiranya pihak Mechapro sediakan satu memorandum bantahan mengenai isu ini. Sebarkan teks ini melalui apa sahaja medium yang ada dalam UMP ini kepada setiap pelajar . Kemudian, dengan menggunakan akaun peribadi, setiap pelajar  diminta menghantar teks ini kepada  email  wakil-wakil pihak pengurusan tertinggi  yang di senaraikan oleh pihak Mechapro seperti kementerian pelajaran dan juga media massa.

Kita inginkan orang luar dengar masalah kita, lalu kita perlukan sayap yang lebih luas. Ingat moto Mechapro, “wings of the future” right?.. 





Buat pelajar yang mengatakan ini  masalah peribadi dalam UMP dan tidak perlu di war-warkan? 
Hayati  "quote"  dari presiden Mechapro.

norMAzuan MUstafa said...

salam...

fight tetap fight dan kita akan adakan perjumpaan antara FKM communities after this...dan MUNGKIN ari selasa malam...

Kami bersama kalian…

Regards,
Team Gerabak Mekanikal

7 orang Mahasiswa cakna:

ceSc.x0x0 said...

Alhamdulillah..kite masih ade Mechapro to fight for us..congrates mr. presiden, it shows betol2 "1 mechy = 1 family "..

juz do your part best as u can n we'll 4 sure will support anythng dat bring good untuk mekanikal amnye..

MusTanG said...

salam.

seingat aku, aku la org yg kata "masalah dalaman UMP rsanya xperlu smpai ke media" di fesbuk.


apa yg aku mksudkan ialah: anda fikirkn lah sendiri, media sbnrnya berada di pihak siapa.


fikir2kan lah.

TGM said...

Salam Saudara MusTanG,
benar dan di TGM juga pernah mengatakan media sebenarnya bukan berpihak kepada kita.Tetapi media yang dimaksudkan disini bukanlah media yang mendapat tajaan kerajaan.=D
Media mencakupi segala apa medium yang menyampaikan maklumat kepada masyarakat.

Jadi,adakah blog adalah satu media?

MusTanG said...

ok2. specifically media yg aku mksudkn ialah news paper =.= sbb kwn aku ada rekomen utk wat aduan ke rancangan2 sprt TERJAH @ yg sewaktu dgnnya.

slh fhm lak. maaf2.

note: blog TGM juga merupakan 1 bentuk media. =)

Din said...

aku skang ni tertekan gile pikir bnda ni..aku dahla xda duit..klu kna duk luar atau pekan mnela aku nk cri moto..radikal skang ni perlu kot..kerajaan dah tah ape2..

ceSc.x0x0 said...

yup..blog antara media yg plng baik n efisyen..

tau xpe cik din,
byk bnde kne pk if pndah..skrng ni mmng dh 90% kebarangkalian stdnt mechy pndh ke pekan..ad jugak baiknye pndah, x penat naik n tnggu bus, tp sila perbaikkn dr sudut facilities..

MusTanG said...

kalau kena pindah ke pekan, terima sje la. kalau ada yg kena tinggal luar, berpakat la sama2 tinggal di kawasan perumahan yg berdekatan. dgn cara ni kita leh demand sebijik bas pagi dan petang utk bwk student dr rumah sewa ke ump.

=)

Updated issues around UMP

Updated dari Portal FKM

Updated dari UMPlife forum

Dekan FKM-Team Gerabak Mekanikal

Free Image Hosting

DEKAN FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL PROFESOR DR. ROSLI BIN ABU BAKAR Ph.D (Hanyang University, Seoul, Korea), M.Sc. (Hanyang University, Seoul, Korea), B.Eng. (Mechanical, Hanyang University, Korea)

Hantar banner korang !!!

banner 115×116  Free Image Hosting Free Image Hosting Free Image Hosting Free Image Hosting Free Image Hosting Free Image Hosting .